“Arwah seorang kakak yang ceria dan sangat baik, malah dua anaknya sangat rapat dengan ibu mereka, nak ke mana-mana pun mereka mesti bersama,” kata Mohd Asyraf Ibrahim, 34.

Insiden Tiga Beranak Lemas. Ini Luahan SAYU Adik Mangsa

Mohd Asyraf adalah adik kepada Masyitoh Ibrahim, 37, yang meninggal dunia selepas Proton Persona yang dinaiki bersama dua anaknya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.

Kejadian berlaku di Sungai Muda di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani – Baling, dekat sini, semalam.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah kakaknya itu pada sambutan Aidilfitri lalu dan hubungan mereka seperti biasa.

Katanya, dua anak saudaranya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, pula seorang anak yang baik dan memanggilnya dengan gelaran pak cik.

Ketika kejadian, dua beradik itu mengikut ibu mereka ke program gotong-royong di sekolah mereka iaitu di Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong.

Manakala, abang sulung mereka, Muhammad Ziyad Hadif, 10, pula tidak ikut bersama.

Dia terkejut mendengar berita yang menimpa mereka melalui salah seorang abangnya dan bergegas ke sana.

Malah, dia berharap mereka ditemukan selamat namun reda apabila mereka disahkan meninggal dunia.

Dia ditemui di lokasi pencarian tiga beranak itu di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani – Baling, dekat sini, hari ini.

Menurut Mohd Asyraf, sebelum ini, arwah kakaknya menetap di Pekan Kuala Ketil dan baru berpindah ke Sungai Petani.

Jenazah mereka dijangka dikebumikan di kampung halaman mereka di Bukit Pinang di Alor Setar sejurus selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, bapa dua kanak-kanak terbabit, Sharudin Aziz, 51, gagal menahan sebak sebaik melihat jasad dua anaknya itu dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 7 malam selepas rakannya memberitahu ternampak nombor pendaftaran kereta seakan nombor kenderaannya.

Dia bergegas untuk melihat kejadian kerana ada saksi nampak kereta itu hanyut dan tenggelam dalam sungai.

Sumber: Harian Metro

Share.

Leave A Reply