Iphone Jatuh Tasik, Lelaki Temui Semula Setahun Kemudian Dalam Keadaan Berfungsi | Seorang lelaki dikatakan ‘bertuah’ selepas telefon pintar miliknya yang jatuh ke dalam tasik telah ditemui semula setahun kemudian selepas tasik tersebut dilaporkan mengering akibat kemarau yang melanda Taiwan, baru-baru ini.

Iphone Jatuh Tasik, Lelaki Temui Semula Setahun Kemudian Dalam Keadaan Berfungsi

Seorang lelaki yang mempunyai nama keluarga ‘Chen’ melalui catatan di media sosialnya berkata, telefon pintar jenis Iphone 11 Pro Max telah terjatuh ke tasik Sun Moon, Taiwan, di sini semasa melakukan aktiviti mendayung di tasik tersebut. Dia juga memberitahu bahawa ia dilihat seperti tidak mempunyai harapan untuk mendapatkan semula telefonnya selepas ia terjatuh ke dasar tasik.

Sinar harapan itu kembali muncul selepas setahun kemudian, dia telah dihubungi oleh seorang pekerja yang membersihkan tasik tersebut yang menemukannya minggu lalu. Walaupun telefon tersebut diliputi lumpur kering,  Iphone tersebut dikatakan masih berfungsi walaupun setelah dicas dan masih dalam keadaan baik kerana ia dilindungi penutup kalis air, katanya menerusi media sosial.

Berita gembira tersebut telah dimuatnaik oleh Chen bagi berkongsi perkara tersebut kepada kawan-kawan di media sosial serta catatan tersebut menjadi viral sejurus dikongsi dengan memperoleh 401 likes dan  turut mendapat 41 perkongsian oleh warga net.

Taiwan dikatakan saat ini mengalami kemarau buruk di seluruh negara setelah media tempatan melaporkan negara tersebut masih belum dilanda taufan. Tasik yang menjadi ikonik negara tersebut juga dikhabarkan telah kering dan tandus akibat kemarau sehinga menyaksikan air tasik tersebut di paras yang menyedihkan untuk pertama kalinya dalam 50 hingga 60 tahun.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply