Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Isteri Hilang Seminggu Ditemui Dalam Keadaan Ketakutan | PASIR MAS: Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak seminggu lalu, ditemui di Lubok Jong, Pasir Mas kira-kira jam 10 malam tadi dalam keadaan letih dan lesu.

Suaminya, Lokman Hakim Azizi, 26, berkata isterinya, Noor Amira Mohamed, 24, dilaporkan hilang sejak 12 Januari lalu yang ketika itu pulang ke kampungnya di Rantau Panjang untuk menjaga ibunya yang sakit akibat terjatuh tangga.

Lokman berkata, memandangkan dia bekerja di Pahang dan tidak sempat menghantar isterinya balik ke kampung menyebabkan isterinya itu pulang bersendirian dengan menaiki kereta api dan menghantarnya ke Stesen Kereta Api Kuala Lipis.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 10 pagi pada keesokan harinya, saya terputus hubungan dengan isteri apabila panggilan telefon tidak dijawab selain pesanan ringkas melalui WhatsApp juga tidak berbalas.

“Pada ketika itu, isteri saya sepatutnya sudah sampai ke Stesen Kereta Api Pasir Mas dan berada di rumahnya, namun dia tidak sampai di rumah sebagaimana yang sepatutnya dan selepas 24 jam dilaporkan hilang dan tidak dijumpai, ibu mentua saya terus membuat laporan polis di balai polis berhampiran,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Lokman Hakim berkata, dia difahamkan, sebaik isterinya itu tiba di Stesen Kereta Api Pasir Mas, ada individu yang melihat isterinya duduk termenung di atas bangku dan dipercayai disapa seorang pemandu kereta sewa yang kemudian membawa isterinya pergi.

“Bimbang keselamatan isteri, pada hari sama isteri dilaporkan hilang, saya menular berita kehilangannya menerusi laman sosial dengan harapan dia ditemui segera dan pada keesokan harinya iaitu pada 13 Januari saya pulang ke Kelantan untuk mencari isteri di setiap daerah sehingga ke Terengganu.

“Bagaimanapun, pencarian isteri berakhir apabila saya dihubungi pihak polis yang memberitahu isteri saya sudah ditemui malam tadi dan berterima kasih serta bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan selamat walaupun masih dalam ketakutan.

“Buat masa ini, isteri saya masih penat dan mahu dia berada dalam keadaan tenang dan menunggu masa yang sesuai untuk dia bercerita kepada saya apa yang berlaku sebenarnya,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply