Istilah ‘Apertheid’ Ditujukan Kepada lsraeI- Menteri Luar Perancis | Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian kini dilihat menjadi pemimpin pertama dari negara tersebut menggelarkan lsraeI sebagai ‘apertheid’ berikutan dasar diskriminasi perkauman yang telah dilakukan oleh rejim Tel Aviv tersebut terhadap rakyat PaIestin.
Beliau yang dilihat turut mengecam secara terang-terangan serta menggunakan definisi terbabit bagi menzahirkan kebimbangan terhadap kekejaman rejim ZionIs ke atas penduduk PaIestin di Baitulmaqdis dan wilayah yang diduduki mereka.
Menurut Le Drian, beliau memberikan amaran risiko ‘ apertheid secara berterusan’ akan berlaku jika konflik lsraeI-PaIestin itu tidak diselesaikan menerusi wawancara bersama RTL Radio dan akhbar Le Figaro pada Ahad.
Jelas beliau lagi, situasi tersebut akan terus berlaku jika konflik tersebut gagal diatasi dengan penyelesaian dua negara dan jika lsraeI tetap berkeras untuk mengekalkan status quo mereka.
Sebelum ini, kumpulan hak asasi manusia, Human Rights Watch (HRW) telah menyimpulkan bahawa lsraeI kini sedang melakukan jenayah kemanusiaan dalam bentuk ‘aparteid dan penganiayaan’ terhadap penduduk PaIestin berikutan perampasan hak penduduk Sheikh Jarrah.
Berikutan itu, HRW kini merancang untuk mengemukakan laporan tersebut kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang telah melancarkan siasatan atas tuduhan sama ke atas rejim Tel Aviv.
Sumber: Astro Awani