Isu Buli Pelajar MRSM, Ini Respon Radzi Jidin | Menteri Kanan Pendidikan Datuk Mohd Radzi Md Jidin menjelaskan bahawa siasatan awal mendapati kejadian buli membabitkan pelajar dalam rakaman video yang tular sejak beberapa hari lalu tidak melibatkan institusi bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Isu Buli Pelajar MRSM, Ini Respon Radzi Jidin

“Berkaitan video tular, siasatan awal mendapati ia tidak melibatkan institusi bawah KPM.

“KPM telah berhubung dengan pihak terlibat dan dimaklumkan tindakan susulan telah diambil,” katanya melalui Twitter.

Tambah beliau, KPM komited menyediakan persekitaran sekolah yang selaras dengan konsep ‘Sekolahku Sejahtera’.

Terdahulu, Polis Perak sedang mengenal pasti pelajar-pelajar yang terlibat dalam kejadian buli yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis juga telah mengenal pasti sekolah yang terlibat.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan dan beliau akan mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.

Berdasarkan video yang tular, kelihatan sekumpulan pelajar sedang mengepung seorang pelajar lain dan menumpuk perut mangsa sambil tertawa sesama mereka.

Video berdurasi 10 saat itu telah menimbulkan kemarahan netizen dengan pelbagai komen.

Sumber : Twitter, Astro Awani

Share.

Leave A Reply