(Ada Video) Lubnan: 12 Maut Dalam Letupan Di Kem Pelarian Palestin | Dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang penghuni kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan maut dalam insiden letupan, baru-baru ini.
12 injured in a large explosion that rocked a Palestinian 🇵🇸 camp in the southern Lebanese 🇱🇧 port city of Tyre, started with a fire in a fuel tank connected to a mosque & then that led to the blast in the weapons depot belonging to Hamashttps://t.co/4yHLEzIotr
— Saad Abedine 🤬😷🤟🏼 (@SaadAbedine) December 10, 2021
Menurut laporan Aljazeera, tiada angka rasmi telah dikeluarkan berkaitan mangsa maut dan cedera di kem tersebut.
Laporan awal menyebut, bahawa punca kebakaran bermula daripada satu lori tangki diesel dan kemudian merebak ke masjid berdekatan yang dikawal kumpulan pejuang Palestin.
Menerusi Aljazeera, kebakaran berkenaan kemudian mencetuskan letupan di gudang senjata yang disimpan di masjid berkenaan.
Media tempatan turut melaporkan Pendakwa Raya telah mengarahkan agensi keselamatan dan pakar senjata menjalankan pemeriksaan ke atas tapak simpanan senjata milik Hamas.
Difahamkan, Lubnan kini telah menjadi tempat perlindungan ribuan pelarian Palestin.
Dipercayai sejumlah 12 kem pelarian wujud di sekitar negara itu.
Sebahagian besar kem pelarian ini pula berada di bawah kawalan kumpulan serpihan daripada pejuang Palestin, termasuk pergerakan Hamas dan Fatah.