(Ada Video) Detik Cemas Wanita Dan Dua Kanak-kanak Hampir ‘Digilis’ Kereta Api | Rakaman video CCTV menunjukkan detik cemas seorang wanita dan dua anaknya yang nyaris dilanggar kereta api setelah rakaman tersebut tular di media sosial selepas motosikal yang dinaiki mereka tiba-tiba mati di tengah landasan kereta api, baru-baru ini.
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang menunggang sebuah motosikal bersama dua anaknya yang membonceng di belakang sedang melintasi satu landasan kereta api. Namun, secara tiba-tiba motosikal yang ditunggang bersama dua anaknya itu berhenti di tengah-tengah landasan kereta api tersebut.
Wanita tersebut kelihatan panik dan cuba untuk menolak motornya menyeberangi landasan berkenaan namun tidak berhasil.
Kemudian, kedua-dua kanak-kanak tersebut dilihat turun dari motosikal terbabit sementara ibu mereka berusaha untuk menarik semula motosikalnya. Dapat dilihat bahawa gadis yang memakai uniform sekolah itu juga turut cuba untuk membantu ibunya menarik motosikal tersebut.
Namun usaha mereka tidak membuahkan hasil selepas mereka melihat sebuah kereta api yang memacu laju sedang meluru ke arah mereka dan kerana tidak mempunyai pilihan, mereka terpaksa meninggalkan motosikal terbabit di tengah landasan bagi menyelamatkan nyawa mereka.
Tidak lama kemudian, seperti yang dijangka, kereta api terbabit terus merempuh motosikal berkenaan sehingga hancur. Mujur wanita tersebut bersama dua anaknya itu terselamat.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di persimpangan kereta api Kaliboto Kidul, Kecamatan Jatiroto, Lumajang , Jawa Timur.
Sehingga kini, video yang tular di media sosial tersebut telah mendapat sambutan warganet sehingga jumlah tontonan mencecah 500 ribu tontonan dengan ribuan perkongsian oleh netizen yang rata-rata terkejut dengan kejadian terbabit selain melahirkan rasa syukur kerana wanita dan kedua-dua anaknya itu selamat.
View this post on Instagram
Sumber: Instagram