Isu Dakwaan Gangguan Seksual Pendakwah Terkenal, Polis Minta Mangsa Atau Saksi Tampil Beri Keterangan | Khalifah Media Network – Saksi atau mangsa diminta tampil segera bagi membantu polis dalam kes dakwaan gangguan seksual melibatkan seorang pendakwah terkenal.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya mengalu-alukan kerjasama berkenaan bagi membantu siasatan.
“Kami nasihatkan mangsa yang mungkin terkesan dengan dakwaan berkenaan tampil bagi membantu pihak polis meneruskan siasatan.
“Setakat ini terdapat beberapa saksi sudah dirakam keterangan berhubung kes ini,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Sebelum ini, polis menyatakan pihaknya masih menjalankan siasatan. Berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan seorang pendakwah.
Pada Khamis, Sinar Harian melaporkan pihak polis sudah membuka satu kertas siasatan. Berhubung video dan mesej lucah yang tular di aplikasi Telegram dikaitkan dengan pendakwah berkenaan.
Sumber : Sinar Harian
Tular Video Pekerja Tanggalkan Penanda, Masjidil Haram Benarkan Solat Rapat-Rapat Mulai Hari Ini | Khalifah Media Network – Solat berjemaah dengan kapasiti penuh dibenarkan di Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah bermula hari ini.
Demikian antara enam perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat.
Menerusi infografik yang dimuat naik di Twitter, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka. Kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua masjid suci berkenaan.
“Pekerja dan pengunjung dua masjid suci tetap diwajibkan memakai pelitup muka sepanjang berada di dalamnya selain wajib berdaftar menerusi aplikasi Eatmarna atau Tawakkalna”, katanya.
Baca selanjutnya Di Sini…