Jadual Waktu Berbuka Seluruh Negeri Sabah Tahun 2021 | Kehadiran Bulan Ramadhan amatlah dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia khususnya di Malaysia. Kerana keistimewaan bulan ini iaitu terletak padanya kebaikan yang bernilai. Serta amalan berlipat ganda yang tidak boleh diperoleh pada bulan-bulan selainnya.
Bulan Ramadhan diberi gelaran ‘Syahrun Azim’ iaitu Bulan Yang Agung oleh Allah S.W.T. Adalah kerana Allah SWT turut mengaggungkan bulan ini iaitu sepertimana firman Allah S.W.T dalam surah AL-Hajj, ayat ke-32 yang bermaksud, “Demikianlah (perintah Allah SWT). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati.” Allah S.W.T juga turut memerintahkan agar semua hamba-Nya wajib berpuasa. Kerana ia merupakan antara salah satu dalam lima rukun Islam yang wajib dituruti seluruh umat Islam.
Berikut merupakan lampiran Takwim Berbuka Puasa serta jadual Imsak di Bulan Ramadhan bagi tahun 2021 (Masihi). Iaitu bersamaan 1442 (Hijrah) bagi seluruh kawasan di negeri Sabah. Diharapkan agar perkongsian Takwim atau Jadual Berbuka Puasa bagi tahun 2021 ini. Dapat memberikan kemudahan buat warga di sekitarnya untuk membuat semakan waktu bagi sahur serta berbuka dengan lebih tepat, Insya-Allah.
Sebagai makluman kepada orang ramai, lampiran Takwim Waktu Berbuka serta Imsak bagi tahun 2021 (Masihi) bersamaan 1442 (Hijrah) ini adalah rasmi terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sabah.
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 1: Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan, Samawang, Kota Kinabatangan, Dan Bukit Garam.
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 2: Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 3: Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan, Kunak dan Lahad Datu
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 4: Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai dan Kalabakan
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 5: Pulau Banggi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong dan Bandar Kudat
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 6: Gunung Kinabalu – Ketinggian (4101M)
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 7: (Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan dan Papar
Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 8: Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan dan Keningau
Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Ramadhan 2021 Zon 9: Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok dan Sipitang
Bulan Ramadhan menjadi bulan santunan apabila orang-orang beriman sedar akan kepentingannya bagi mendidik diri. Untuk memiliki rasa simpati terhadap saudara mereka sesama Islam serta fakir miskin. Yang merasa lapar dan dahaga sepertimana dirasai golongan-golongan yang tidak berkemampuan itu. Oleh itu, kaum Muslimin dianjurkan supaya sentiasa bersikap bermurah hati bagi membantu golongan yang lebih memerlukan tanpa mengharapkan balasan. Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud. “Nabi SAW adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur’an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur’an. Rasulullah saw ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus.”
Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat di negeri Sabah yang beragama Islam. Dalam membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur iaitu sebelum tibanya waktu Subuh serta berbuka puasa yang tepat pada waktunya.