SINGAPURA  –  Seorang lelaki di  Toa Payoh, Singapura, mendedahkan sikap pengotor seorang jirannya yang gemar membaling sisa buangan dari cermin tingkap rumah pada setiap pagi, lapor portal berita Coconuts semalam.

Lelaki dikenali sebagai Valiant Khong itu menerusi kumpulan perbincangan di laman Facebook, Complaint Singapore, berkongsi klip  video memaparkan sikap jelik penduduk di kejiranan tersebut.

Dalam video itu, seorang jiran dilihat menuang satu cawan cecair berwarna kekuningan yang dipercayai air kencing keluar dari tingkap sebuah unit blok kediaman tiga tingkat.

Valiant berkata, individu tersebut melakukan perbuatan itu setiap pagi di antara pukul 5 hingga 6 pagi (waktu tempatan).

Antara bahan buangan yang sering dilontar  dari tingkap termasuk puntung rokok, tuala wanita, tisu dan sisa makanan.

Tambah Valiant, beberapa aduan telah dikemukakan kepada Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEW) namun,  tiada sebarang tindakan dilakukan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pihak berkuasa hanya mengeluarkan surat amaran dan enggan memasang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di kawasan itu.

“Saya menggesa pihak berkuasa supaya melakukan sesuatu.

“Terdapat kanak-kanak di kawasan kejiranan ini. Ia amat tidak bersih dan tidak sihat kebelakangan ini.

“Singapura merupakan sebuah negara maju di mata dunia. Justeru, kita perlu menghentikan pelaku daripada melakukan kesalahan yang sama,” ujarnya.

“Pada zaman ini, perlu merekodkan diri kita. Organisasi itu tidak berguna. Taman berhampiran blok 273c di Punggol sepatutnya menjadi zon bebas asap rokok. Tetapi orang lepak di sana pada setiap hari dan memenuhi udara dengan asap rokok mereka. Wartawan kepada NEA dan mereka hampir tidak melakukan apa-apa. Jadikan zon bebas asap tetapi tiada penguatkuasaan. Hakikat bahawa kita juga memerlukan penguatkuasaan bercakap dengan baik tentang budaya dalam merokok. Mereka tidak peduli dengan orang lain,” @Ade Dino Sutrisno.

Sumber: Kosmo

 

Baca Juga: Penghuni Kondo Buntu Ada Yang Buang Tuala Wanita Dari Tingkat Atas

PETALING JAYA – Tular beberapa gambar memaparkan keadaan sebuah kondominium mewah di ibu negara yang dicemari dengan tuala wanita dan kondom di lantai tingkat bawah kediaman tersebut.

Menerusi perkongsian portal Kuala Lumpur Reporter di Twitter baru-baru ini, rata-rata penghuni kondominium mewah tersebut buntu dengan sikap manusia pengotor dan mempunyai mentaliti kelas ketiga.

“Penduduk di kondominium mewah di KL buntu dengan tuala wanita yang dicampak keluar dari tingkap dan mendarat berhampiran lantai jiran.

“Isu ini telah berlaku selama setahun dan pihak pengurusan kondo tidak dapat menangkap pelakunya,” ciapnya.

Lebih menjijikkan, tuala wanita yang dibuang masih terdapat kesan darah sehingga menyebabkan kawasan sekitar berbau busuk.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi dan rata-ratanya mendesak pihak pengurusan agar lebih teliti menyiasat perkara tersebut.

“Penghuni bayar caj selenggara kondominium, jadi pihak pengurusan perlu bertindak segera kesan si pelaku. Ambil tindakan halau keluar pengotor yang menyusahkan penghuni lain,” luah seorang pengguna.

Menurut @Churail pula, perbuatan membuang tuala wanita merata-rata adalah sesuatu yang memalukan kaum wanita.

“Kenapa teruk sangat, memalukan kaum perempuan,” ciapnya.

“Lain kali tulis sahaja nama kondo tersebut, biar semua orang tahu. Biar cepat sikit pengurusan bertindak sebab malu,” cadang beberapa pengguna lain.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply