Ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo tidak berjaya memberikan hadiah perpisahan lebih istimewa buat pasukan itu apabila tewas menerusi agregat 3-2 kepada Thailand dalam aksi final Piala AFF 2022.

Jurulatih Vietnam 'Kempunan' Hadiah Perpisahan

Vietnam yang terikat 2-2 dengan Thailand pada final pertama di Hanoi, Jumaat lalu kecundang 1-0 dalam aksi kedua di Bangkok, semalam dan ia menjadi perlawanan terakhir Hang Seo selepas mengemudi skuad Golden Star Warriors sejak 2017.

Pengendali dari Korea Selatan itu turut memohon maaf kepada penyokong Vietnam kerana tidak berjaya menjulang Piala AFF 2022 seperti yang dilakukannya pada 2018.

“Saya tidak tahu selepas saya tinggalkan pasukan, Vietnam boleh menang ke atas Thailand atau tidak. Tapi saya yakin Vietnam akan meneruskan pembangunan dalam bola sepak mereka.

“Bermula esok, saya bukan lagi ketua jurulatih, tetapi saya akan menjadi peminat untuk pasukan kebangsaan dan skuad B-23 Vietnam. Harap kita dapat menyimpan memori ini selamanya.

“Saya akan berbincang dengan ejen dan keluarga mengenai masa depan. Tetapi apa sahaja yang saya lakukan, saya hanya bekerja untuk bola sepak,” katanya seperti dilaporkan vnexpress.net.

Selain memenangi Piala AFF 2018, Hang Seo turut memacu skuad bawah 23 (B-23) tahun Vietnam memenangi pingat emas Sukan SEA 2019 dan 2021.

Sementara itu, ketua jurulatih Thailand, Alexandre Polking mengakui gembira dengan kejayaan menjulang Piala AFF buat kali kedua berturut-turut bersama Thailand selepas melakar pencapaian sama pada 2020.

Pengendali dari Brazil itu bagaimanapun menegaskan bahawa skuad Gajah Perang masih perlu berusaha meningkatkan tahap mereka walaupun berjaya mengekalkan status ‘raja’ bola sepak Asia Tenggara.

“Thailand perlu membuktikan keupayaan di kejohanan lebih besar seperti Piala Asia yang mana terdapat pasukan kuat termasuk Jepun, Korea Selatan dan UAE. Kami akan cuba meningkatkan lagi tahap permainan,” katanya.

Kapten Thailand, Theerathon Bunmathan diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai Piala AFF 2022, sementara rakan sepasukannya, Teerasil Dangda berkongsi anugerah penjaring terbaik bersama penyerang Vietnam, Nguyen Tien Linh apabila masing-masing meledak enam gol.

Sumber: BH

Berita Berkaitan..

Piala AFF: Pertemuan Antara ‘Korea Selatan’

Tiga jurulatih dari Korea Selatan berpeluang untuk merebut kejuaraan pada Piala AFF kali ini dan mereka akan dicabar pengendali Thailand, Alexandre ‘Mano’ Polking yang mempunyai dwi kewarganegaraan Brazil-Jerman.

Piala AFF: Pertemuan Antara 'Korea Selatan'

Dengan cabaran peringkat kumpulan berakhir Selasa lalu, tiga daripada empat pasukan pada separuh akhir dikemudi jurulatih dari negara Asia Timur itu, Park Hang Seo (Vietnam), Shin Tae Yong (Indonesia) dan Kim Pan Gon (Malaysia).

Hang Seo mungkin dikagumi peminat bola sepak Vietnam dengan sentuhan magisnya, namun kehadirannya di tepi padang pada Piala AFF ternyata bagaikan petaka buat warga senegaranya sendiri.

Beliau mengemudi Vietnam muncul juara Kumpulan B, memenangi tiga perlawanan termasuk 3-0 ke atas Malaysia di Hanoi dan seri sekali menentang Singapura pada 30 Disember lalu.

Vietnam mengungguli kumpulan itu dengan 10 mata dan perbezaan gol yang besar 12, selain muncul satu-satunya pasukan yang tidak dibolosi sebarang gol pada saingan peringkat kumpulan.

Hang Seo kini berdepan Indonesia, yang dikemudi Tae Yong pada dua aksi separuh akhir.

Tae Yong membimbing Garuda untuk muncul naib juara Kumpulan A, diatasi Thailand menerusi perbezaan gol selepas kedua-dua pasukan menang tiga perlawanan dan seri sekali.

Piala AFF: Pertemuan Antara 'Korea Selatan'

Pertembungan antara Hang Seo-Tae Yong memastikan sekurang-kurangnya seorang jurulatih Korea Selatan berada di final namun mungkin dua sekiranya Pan Gon boleh mengemudi anak buahnya mengalahkan Thailand pada satu lagi aksi separuh akhir.

Daripada tiga jurulatih Korea Selatan itu, Hang Seo mungkin mempunyai profil paling tinggi, sesudah menjadi penolong jurulatih Korea ketika pusingan akhir Piala Dunia 2002.

Sejak menyertai Vietnam, Hang Seo menjadi wira kebangsaan dengan usaha gigihnya mereformasikan bola sepak negara itu.

Hang Seo, yang turut mengendalikan pasukan B-23, bermula dengan mengemudi Vietnam ke pusingan akhir Kejohanan B-23 AFC 2018, menundukkan pasukan kuat termasuk Australia, Iraq dan Qatar.

Beberapa bulan kemudian beliau mengemudi pasukan ke separuh akhir Sukan Asia 2018 dan diikuti dengan pingat emas Piala AFF 2018.

Setahun kemudian, Vietnam layak ke suku akhir Piala Asia 2019 dan memenangi pingat emas pada temasya Sukan SEA 2019.

Namun Piala AFF kali ini adalah kejohanan terakhir Hang Seo bersama Vietnam ketika beliau bercadang untuk mengundur diri selepas lima tahun mengendalikan pasukan.

Tae Yong turut dikenali ramai peminat bola sepak Korea.

Tampil 23 kali bersama pasukan kebangsaan sebagai pemain, beliau menghabiskan kariernya dalam Liga K bersama Seongnam.

Beliau kemudian menjadi pengurus Seongnam sebelum mengambil alih sebagai pengurus sementara pasukan kebangsaan pada 2014 dan menjadi pembantu Uli Stielike hingga 2017.

Tae Yong melatih kedua-dua pasukan B-23 dan B-20 Korea sebelum mengambil alih skuad senior pada 2017 dan sepanjang Piala Dunia Russia 2018.

Beliau menyertai Indonesia pada 2020, mengemudi mereka ke final Piala AFF sebelum ditewaskan Thailand 6-2 menerusi agregat.

Pada 2022, Indonesia layak ke Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 16 tahun.

Pan Gon mungkin jurulatih yang kurang menonjol antara ketiga-tiga personaliti itu, menghabiskan karier permainan dan kejurulatihannya di Hong Kong.

Piala AFF: Pertemuan Antara 'Korea Selatan'

Selepas bertahun-tahun berkhidmat sebagai jurulatih, beliau mencuri tumpuan pada 2017 apabila dilantik sebagai pengarah teknikal Persatuan Bolasepak Korea, bertanggungjawab merekrut jurulatih pasukan kebangsaan Korea.

Pan Gon menghabiskan lima tahun bersama pasukan kebangsaan Korea sebelum dilantik sebagai ketua jurulatih Malaysia genap setahun lalu.

Beliau sudah mencipta kejayaan di Malaysia, mengemudi skuad kebangsaan layak ke Piala Asia tahun ini secara merit buat kali pertama dalam tempoh 42 tahun.

Sumber: BH

Share.

Leave A Reply