Lelaki Tipu Isteri Sambut Tahun Baharu Dengan Kekasih Gelap | Mahu sambut Tahun Baharu bersama kekasih gelap, seorang lelaki di Australia sanggup mereka cerita mengenai penculikannya sendiri sekali gus menipu isteri tercinta.
Suspek, Paul Iera, 35, telah ditahan oleh pihak polis pada Khamis lalu (12 Januari) atas dakwaan sengaja memalsukan pengakuan tentang kes penculikan itu.
Hasil siasatan polis mendapati, Iera keluar daripada rumahnya sekitar jam 11:45 malam waktu tempatan pada 31 Disember tahun lalu sebelum menyambut Tahun Baharu pada malam yang sama.
Difahamkan, suspek memberitahu isterinya bahawa dia ingin berjumpa dengan seorang rakan lelaki di Dapto yang terletak di selatan Wollongong pada malam kejadian itu.
Pun begitu, isterinya menerima mesej daripada seseorang yang tidak dikenali tetapi menggelarkan diri sebagai ‘pekerja seks’ selepas suspek keluar dari rumah.
‘Pekerja seks’ itu mendedahkan bahawa dia telah ‘menculik’ suaminya malah semasa perbicaraan kes dijalankan di mahkamah, dia turut memberitahu bahawa dirinya pernah mempunyai ‘kisah silam’ bersama suspek.
Bukan itu saja, dia turut meminta tebusan sebuah motosikal yang berharga lebih daripada AUS$7,000 (RM21,088).
Malah, selang waktu mesej itu dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek berada di sebuah kediaman yang dipercayai milik kekasihnya di Dombarton.
Ini kerana, suspek turut membawa telefon bimbit beserta satu beg pakaian yang difahamkan untuk bermalam di rumah wanita tersebut.
Walau bagaimanapun, suspek dibenarkan untuk diikat jamin walaupun Majistret Christ McRobert mengatakan bahawa kes tersebut agak luar biasa.
Sumber: Oh Bulan
Artikel Lain
Tangkap Suami Bersama Kekasih Gelap. Tindakkan Wanita Ini Buat Ramai Orang CEMAS.
Tangkap Suami Bersama Kekasih Gelap. Tindakkan Wanita Ini Buat Ramai Orang CEMAS. | JAKARTA – Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya bertindak nekad dengan berdiri di hadapan kereta lelaki itu yang sedang dipandu sehingga dirempuh secara tidak sengaja, lapor laman berita Suara.com semalam.
Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, seorang wanita bertudung hitam dilihat berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam yang dipandu suami bersama perempuan simpanannya.
Wanita itu dirempuh secara perlahan oleh kereta tersebut sehingga membuatkannya hampir jatuh, namun, dia dengan pantas memanjat ke atas bonet hadapan kereta itu.
Kedengaran suara orang ramai yang berada di lokasi kejadian menjerit melihatkan situasi itu.
Suami wanita berkenaan yang berada di dalam kereta bersama teman wanitanya hanya berdiam diri dan enggan keluar dari kenderaan itu.
Ia membuatkan orang ramai menghampiri dan mengepung kenderaan tersebut agar kedua-dua mereka keluar dari kereta itu.
Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.
“Pasti anda fikirkan ia seperti dalam drama Layangan Putus, namun rasa sakit hati kali ini adalah sesuatu yang nyata,” kata seorang netizen.
“Tidak dapat bayangkan bagaimana rasa malunya lelaki itu,” kata seorang lagi. – AGENSI
Sumber : Kosmo
Berang Isteri Ada Kekasih Gelap, Suami Roboh Rumah
Berang Isteri Ada Kekasih Gelap, Suami Roboh Rumah | Jakarta – Seorang lelaki dari daerah Trenggalek, wilayah Jawa Timur bertindak agresif apabila merobohkan rumahnya menggunakan jengkaut kerana berang selepas mengetahui kisah kecurangan isterinya, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Menerusi klip video yang tular di TikTok, kelihatan sebuah jengkaut sedang merobohkan sebuah rumah di satu kawasan perkampungan.
Orang ramai turut berkerumun di tepi jalan untuk menyaksikan kejadian itu.
Menurut pelbagai sumber, pemilik rumah itu membuat keputusan untuk merobohkan rumahnya kerana berang apabila mengetahui bahawa isterinya mempunyai kekasih gelap.
Sejurus mengetahui perkara itu, lelaki berkenaan yang bekerja di bandar terus pulang ke kampung dan merobohkan kediaman tersebut.
Video itu menerima pelbagai komen daripada netizen dengan ada yang menyokong dan membantah tindakan lelaki berkenaan.
“Buat anda yang meminta lelaki itu agar jangan terlalu mengikut emosi dan menyelesaikan masalah secara baik, anda pasti belum pernah merasai perasannya apabila berada di tempatnya,” kata seorang netizen.
Sumber : Kosmo