Kad Diskaun Khas Menu Rahmah: Diskaun Sehingga 40% | Inisiatif Menu Rahmah yang telah diusul oleh kerajaan hingga hari ini masih lagi wujud meski tidak dapat liputan meluas dan usaha ini dipergiatkan lagi dengan program Kad Diskaun Khas Menu Rahmah.

Antara barangan yang ditawar dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang sudah lulus penyertaan dalam program ini adalah barang mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan.
Inisiatif ini dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup (KPDN) yang digerakkan oleh peniaga (Private Driven Initiative) dan dibuat secara sukarela.
“Kerajaan berterima kasih kepada pengusaha yang menawarkan Menu Rahmah khusus kepada kumpulan yang memerlukan dengan kadar RM5 ke bawah.“Sebab itu kita fikir bentuk galakan yang boleh diberikan kepada pengusaha yang sama-sama membantu kerajaan menangani kos sara hidup dan oleh demikian kita perkenalkan Kad Diskaun Khas ini,” katanya.
Berikut kami kongsi info lanjut tentang Kad Diskaun Khas Menu Rahmah. Anda boleh melihat pelbagai lagi info menarik di sini.
Kad Diskaun Khas Menu Rahmah
Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan bersama 6 pasar raya yang terlibat. Ianya adalah AEONBIG, MYDIN, NSK, GIANT, LOTUS’S dan ECONSAVE. Pasar raya ini selaku rakan KPDN yang menawarkan diskaun hingga 40% bagi pembelian barangan keperluan perniagaan.
Antara perkara yang ditawarkan dengan kadar diskaun kepada pengusaha Menu Rahmah yang telah lulus penyertaan dalam program ini adalah barang mentah seperti ayam, bawang dan barang asas makanan.
Inisiatif ini adalah salah satu langkah untuk memastikan kelangsungan program Menu Rahmah sebagai galakan untuk meningkatkan lagi pengusaha restoran.
Syarat Permohonan
Peniaga dan pemilik perniagaan yang berminat untuk mendapatkan kad diskaun ini, anda mesti patuhi syarat permohonan seperti yang ditetapkan di bawah:
Cara Membuat Permohonan
Permohonan bagi Kad Diskaun Khas ini dibuka mulai 2 November 2023 melalui portal khusus kepada pengusaha Menu Rahmah.
Semua pengusaha kedai makan yang berminat untuk menawar Menu RAHMAH boleh daftar segera di pautan sini. Anda boleh nikmati diskaun khas ini.
Pada bahagian menu di atas halaman itu, klik pada “Daftar kad Diskaun Khas”
Sehingga kini, sekitar 43 permohonan kad ini diterima sejak program itu mula pada 2 November lepas.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut tentang program ini, sila hubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran di talian hotline 03-8882 5881 / 5905. Anda juga boleh hubungi melalui emel kepada [email protected]

Soalan Lazim (FAQ)
Apakah Kad Diskaun Khas Menu Rahmah?
Kad Diskaun Khas Menu RAHMAH adalah program yang diperkenalkan oleh kerajaan bersama 6 pasar raya:
– Aeonbig
– Mydin,
– Nsk
– Giant
– Lotus’s
– Econsave
Pasar raya yang terlibat selaku rakan KPDN yang menawarkan diskaun hingga 40% bagi pembelian barang asas niaga.
Senarai barang yang dapat diskaun dalam program ini?
Ayam, bawang dan barang makanan asas
Sumber: ASTRO AWANI