Peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik, menyatakan rasa sedih dan kecewa atas keputusan terhadap anak guamnya.

Kalah Kes Rayuan Akhir. 'Ini' Luahan Peguam Utama Najib Razak

Beliau memaklumkan bahawa, sudah tentu kami sedih dan kecewa kerana kalah dalam rayuan ini.

Tambahnya, beliau hanya boleh katanya, sedang mencari ketenangan dan penawar menerusi seorang juri hebat dari India yang berkata ‘hanya Tuhan boleh memberikan keadilan sempurna’.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak media selepas selesai prosiding rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan di sini, hari ini.

Ditanya sama ada pihaknya akan memfailkan semakan, Hisyam berkata, perkara itu tidak dapat disahkan sekarang.

Beliau menjawab bahawa akan berbincang mengenai kemungkinan itu.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply