Kanak-Kanak 11 Tahun Didakwa Cetus Kebakaran Hutan | Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun berdepan dengan beberapa pertuduhan setelah ia didakwa menyebabkan kebakaran hutan yang memusnahkan dua bangunan dan  menyebabkan kerugian sebanyak AS $30,000 di Arozina, Amerika Syarikat.
Kanak-kanak tersebut berdepan tuduhan membakar harta benda dengan sengaja selain menyebabkan keadaan bahaya akibat tindakannya, kata Ibu Pejabat Daerah Polis Yavapai pada Sabtu.
Menerusi portal berita ABC News, kebakaran hutan itu tercetus pada Sabtu minggu lepas di Camp Verde yang menyebabkan dua bangunan yang tidak berpenghuni itu musnah.
Menurut saksi kejadian, sebelum berlaku kebakaran ia sempat melihat tiga kanak-kanak bermain dengan pemetik api dan tin penyembur cat, kata polis.
Siasatan mendapati suspek dengan sengaja menyebabkan kebakaran manakala dua rakannya berusaha untuk memadam api berkenaan sebelum ia merebak ke kawasan yang lebih luas.
Ketua Polis Yavapai dalam satu kenyataan berkata, ia berharap kanak-kanak berusia 11 tahun ini menyesal dengan perbuatannya itu.
Tambahnya, anggota bomba terpaksa membahayakan nyawa mereka bagi memastikan penduduk dan masyarakat sekeliling selamat.
Sumber: Astro Awani