Kanak-Kanak 12 Tahun Ketagihan Rokok | Perokok dalam kalangan bawah usia merupakan antara perokok yang dapat dikesan di negeri Pulau Pinang. Mereka ini berusia seawal 12 tahun dan juga merupakan golongan perokok tegar di negeri itu.

Kanak-Kanak 12 Tahun Ketagihan Rokok

Gejala aktiviti yang tidak sihat ini telah dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Ini juga berikutan kebimbangan ibu bapa terhafap anak-anak mereka yang merokok dan kini sudah ketagih terhadap bahan terlarang itu dan sukar untuk dibendung.

Pegawai Pendidikan CAP, NV Subbarow, berkata ibu bapa mendedahkan mereka akan dimarahi jika anak-anak diberitahu mengenai bahaya rokok dan rokok elektronik (vape). Berdasarkan aduan itu, ramai ibu bapa yang memaklumkan bahawa mereka kecewa kerana tidak dapat menyembuhkan ketagihan anak-anak mereka terhadap budaya menghisap rokok.

Media turut sering melaprkan berkenaan kajian yang dilakukan terhadap ketagihan rokok membabitkan kanak-kanak. Ibu bapa turut mendakwa bahawa ketagihan anak mereka terhadap rokok  lebih teruk daripada COVID-19.

Subbarow berkata, kanak-kanak menghabiskan kira-kira RM50 sehingga RM150 sebulan bagi rokok dan rokok elektronik. Ibu bapa turut mendakwa bahawa anak-anak mereka berbohong ketika ingin meminta wang bagi membeli rokok. Anak-anak akan mengatakan bahawa mereka inginkan wang untuk kelas tambahan dan juga membeli buku.

Namun begitu, timbul pula persoalan bagaimana mereka mendapatkan wang sebanyak itu untuk membeli rokok dan vape. Sama juga seperti penuntut universiti yang menggunakan wang biasiswa untuk membeli rokok dan peralatan vape.

Ia seperti bom jangka kerana jika tidak dicegah, mungkin kita sudah tidak dapat melihat komuniti belia yang sihat pada masa depan. CAP akan terus mendesak kerajaan untuk mengharamkan pembelian rokok dan vape dalam kalangan bawah umur.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply