Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Laju | Sudah diingatkan kepada ibu bapa supaya sentiasa mengawasi dan menjaga anak-anak kemana sahaja mereka pergi. Ini termasuklah perbuatan memegang tangan anak-anak khususnya yang masih kecil sama ada berada dalam bangunan mahupun di kawasan yang terbuka.

Ternyata malang tidak berbau apabila satu kes kemalangan yang meragut nyawa telah berlaku dimana seorang kanak-kanak lelaki maut akibat dirempuh sebuah kereta laju.

Kanak-Kanak Maut Dirempuh Kereta Laju

Dungun: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kampung Wa, Dungun, Terengganu, malam tadi.

Menurut laporan Awani, kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 8.30, mangsa, Mu’tahal Assalami, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan. Ketika kejadian, mangsa dan ahli keluarganya berkunjung ke sebuah restoran untuk menikmati makan malam.

Menurut bapanya, Assalami Ahmad, 61, dia bersama isterinya dan tujuh anaknya baru sahaja tiba di restoran tersebut dari kediaman mereka di Kampung Jerangau.

Ketika mereka sedang memeriksa suhu badan, pegangan tangannya lucut, lalu anaknya terus berlari ke tengah jalan. Sejurus selepas itu, sebuah kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa hingga terpelanting.

“Saya sedang tulis nama, pegang anak sebelah, kemudian dia sentap tangan dan lari ke jalan, saya kejar tetapi tidak sempat,” katanya.

Menurut Assalami, kereta yang dipandu laju itu tidak sempat mengelak dan kemudian melanggar anaknya dan terpelanting. Namun, apa yang lebih menyayat hati adalah si bapa mengangkat tubuh anaknya dan lihat anaknya sudah tiada.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian. Katanya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, APJ 1987.

Sumber : Astro Awani 

Share.

Leave A Reply