Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap 10 Minit Dalam Kereta | Kes kanak-kanak terperangkap dalam kereta bukanlah satu perkara yang asing dalam kalangan masyarakat. Hal ini kerana terdapat pelbagai kes yang melibatkan kanak-kanak yang terperangkap dalam kereta dan ada di antara kes terbabit yang tidak disedari ibu bapa ataupun penjaga sehingga menyebabkan berlakunya kematian.

Kanak-Kanak Perempuan Terperangkap 10 Minit Dalam Kereta

Seremban:  Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun lapan bulan berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam kereta bapanya hampir 10 minit di Taman Negeri Port Dickson, dekat sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson Mohd Hairul Izam Mazelan, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai insiden berkenaan pada jam 7.58 pagi.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa bapa kanak-kanak terbabit keluar sekejap daripada kereta dan tidak menyedari keretanya terkunci secara automatik  (auto lock) dan ketika kejadian anak perempuan sedar dan berada dalam keadaan cemas.

Katanya, pihaknya menggunakan peralatan khas ‘air cushion automatic entry’ untuk membuka kunci bahagian dalam pintu kereta sebelah pemandu.

Jelasnya, mangsa selamat dan tiada kecederaan pada mangsa.

Beliau berkata, kanak-kanak tersebut kemudian diserahkan kepada bapanya dalam keadaan selamat dan operasi terbabit ditamatkan kira-kira 8.15 pagi.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply