Kapal Kargo Bawa Bahan Kimia Tenggelam Di Sri Langka | Sebuah kapal kargo dilaporkan sedang membawa bahan kimia dilaporkan telah tenggelam berdekatan pantai barat Sri Lanka, serta dikatakan banyak palet plastik telah mengotori perairan penangkapan ikan yang kaya di negara tersebut selain menyifatkan ia sebagai bencana marin terburuk.
Pemerintah pada hari Rabu menangguhkan penangkapan ikan di sepanjang 50 mil dari garis pantai pulau itu, serta menyeru sekurang-kurangnya 5,600 kapal nelayan, dan ratusan tentera dikerahkan untuk membersihkan pantai yang terjejas.
MV X-Press Pearl yang didaftarkan di Singapura, membawa 1,486 kontena termasuk 25 tan asid nitrat bersama bahan kimia dan kosmetik lain, berlabuh di pantai barat Sri Lanka ketika kebakaran berlaku selepas letupan pada 20 Mei.
Kapal dikatakan mula tenggelam pada awal hari Rabu, dan seorang kru penyelamat berusaha untuk menarik kapal ke perairan yang lebih jauh dari pantai, tetapi percubaan itu ditinggalkan setelah beberapa jam menurut laporan The Guardian.
Jelasnya, penarik kapal X-Press Pearl yang dilanda kebakaran dihentikan kerana hujung kapal itu menghantam dasar laut malah dikhabarkan tentera laut sedang bersiap untuk menangani tumpahan minyak ketika kapal itu tenggelam.
MV X-Press Pearl telah meninggalkan pelabuhan Hazira di India pada 15 Mei ketika dalam perjalanan ke Singapura melalui Colombo.
Sumber: The Guardian