Katil ICU Capai Penggunaan Hampir 90 Peratus Di Lembah Klang. Ada Video | Enam buah hospital di Lembah Klang yang menyediakan katil khusus bagi pesakit Covid-19 kini dilaporkan telah mencapai ambang amaran selepas kadar penggunaan katil tersebut telah mencapai penggunaan kapasiti melebihi 70 peratus.

Katil ICU Capai Penggunaan Hampir 90 Peratus Di Lembah Klang (Ada Video)

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kadar penggunaan katil rawatan kritikal Covid-19 di Lembah Klang secara keseluruhannya telah mencapai hampir 90 peratus melibatkan beberapa hospital seperti Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Ampang, Hospital Serdang, Hospital Selayang dan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan ada diantaranya telah mencapai 100 peratus penggunaan.

Tambahnya lagi, 80 katil telah diwujudkan secara ‘repurposed’ disekitar Lembah Klang untuk memenuhi kapasiti keperluan peningkatan jumlah pesakit Covid-19 yang sedang kritikal di kawasan tersebut bahkan katil juga bakal ditambah mengikut keperluan wad biasa yang akan ditukar fungsi kepada katil kritikal.

Antara hospital yang beroperasi sepenuhnya sebagai hospital Covid-19 adalah Hospital Sungai Buloh yang bakal meningkatkan kapasiti katil rawatan kritikal secara berskala bagi memenuhi keperluan pesakit kritikal Covid-19. KKM turut membuat peralatan perubatan seperti ventilator bagi membolehkan hospital tersebut meningkatkan kapasiti katil apabila terdesak.

KKM juga telah memaklumkan akan membuat kerjasama bersama hospital-hospital swasta, pengajar, atau universiti di sekitar lembah Klang bagi meningkatkan bilangan katil untuk wad kritikal Covid-19 di sekitar kawasan tersebut.

Dr Noor Hisham kini turut mezahirkan rasa kebimbangan beliau sekiranya trend peningkatan kes Covid-19 ini berterusan akan menyebabkan kapasiti kesihatan kita berada pada tahap yang membimbangkan serta mampu membrikan impak negatif kepada penyampaian perkhidmatan kesihatan secara keseluruhannya.

Melalui video yang dikongsi oleh Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam akaun media sosial miliknya, video tersebut menunjukkan kapasiti katil pesakit Covid-19 yang kritikal di Hospital Sungai Buloh hampir penuh dan ia mendapat hampir 206.3 ribu tontonan serta turut dikongsi oleh ribuan warga net di media sosial, Twitter.

Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply