Kebakaran Hutan Gambut Guna Teknologi Hujan Buatan Di Indonesia | Pihak berkuasa Indonesia menggunakan teknologi modifikasi cuaca untuk menghasilkan hujan buatan bagi membantu mencegah kebakaran tanah gambut ketika berdepan musim kemarau April ini.
Hartono, Ketua Agensi Pemulihan Tanah Gambut dan Hutan Bakau (BRGM), berkata, agensi itu akan bekerjasama dengan Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB) untuk menambah simpanan air menggunakan hujan buatan.
Hartono berkata seperti dipetik Antara bahawa di kawasan-kawasan yang terjejas, mereka akan bekerjasama dengan BNPB untuk menggunakan teknologi mengubah suai cuaca sebagai usaha menambah simpanan air melalui hujan buatan.
Media tempatan Indonesia sebelum ini melaporkan, teknologi mengubah suai cuaca yang dikenali sebagai teknologi hujan buatan menghasilkan hujan yang dapat membantu memadamkan api.
Hartono menjelas bahawa mereka akan sentiasa memaklumkan kepada tujuh ketua wilayah yang terjejas dengan kebakaran tanah gambut mengenai keadaan kelembapan dan kemarau di kawasan mereka.
Kebakaran hutan dilaporkan mungkin berlaku di wilayah Riau, Jambi, Sumatra Selatan, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah, Kalimantan Selatan dan Papua.
Badan Meteorologi, Kajian Iklim dan Geofizik (BMKG) meramalkan curahan hujan pada tahun ini mengalami penurunan jika dibandingkan pada 2022 mahupun tiga tahun lalu manakala bencana kebakaran hutan dijangka meningkat tahun ini yang berpotensi sama seperti kejadian pada tahun 2019.
Menurut Hartono, operasi mengubah cuaca sudah dilaksanakan setiap tahun sebagai langkah menangani bencana seperti yang dilakukan pada tahun 2021 di empat wilayah, iaitu Riau, Sumatera Selatan, Kalimantan Barat dan Jambi.
Beliau berkata, langkah itu berjaya menambah hujan sebanyak dua peratus kepada 69 peratus berbanding hujan semula jadi.
BMKG meramalkan risiko kebakaran hutan meningkat apabila Indonesia memasuki musim kemarau bermula April hingga Mei tahun ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Artikel Lain
Gara-gara Bakar Hutan Hingga Musnah, 24 Individu Bakal Berdepan Hukuman Mati
Gara-gara Bakar Hutan Hingga Musnah, 24 Individu Bakal Berdepan Hukuman Mati | Mahkamah di Syiria dilaporkan telah menjatuhkan hukuman mati terhadap 24 individu selepas mereka didapati melakukan keganasan kerana membakar hutan tahun lalu hingga menyebakan 3 orang terkorban dan beribu-ribu hektar hutan liar musnah.
Menerusi laporan CNN, kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan dan menjalani hukuman tersebut pada Rabu, baru-baru ini.
Berikutan itu, 11 lagi individu yang turut terlibat menerima hukuman penjara seumur hidup, 4 orang diarahkan menjalani hukuman kerja buruh dan 5 orang pesalah bawah umur dikenakan hukuman penjara diantara 10 hingga 12 tahun.
Mereka dilaporkan telah memulakan kebakaran di kawasan itu sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya 280 kawasan bandar terjejas, 370 buah rumah musnah selain ladang-ladang ternakan dan pertanian turut hangus dijilat api.
Insiden kebakaran itu justeru telah mendapat perhatian Presiden, Bashar Al-Assad yang turut ‘turun padang’ bagi membuat tinjauan di kawasan-kawasan yang terjejas. Malah, bandar yang menjadi tempat kelahirannya, Qardaha menjadi antara bandar yang paling terjejas akibat kebakaran terbabit.
Menurut rekod kes, kesemua tertuduh merancang memulakan kebakaran tersebut pada penghujung Ogos 2020 dan secara berterusan melaksanakan jenayah itu memasuki September hingga Oktober, lapor CNN.
Mengikut penguatkuasaan undang-undang di negara berkenaan, hukuman mati boleh dikenakan bagi kesalahan pengkhianatan, pengintipan, pembunuhan dan memulakan kebakaran.
Sumber: CNN News
Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar
Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar | Sejumlah penduduk perlu berpindah apabila sebuah kawasan hutan di pinggit Baitulmaqdis terbakar. Penduduk di situ terpaksa berpindah pada rabu sebelum sebelum anggota-anggota bomba Israel berjaya mengawal kebakaran itu.
sebuah lebuh raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv telah ditutup disebabkan oleh kebakaran itu. Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama Israel turut sama ditutup.
Polis menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar walaupun kebakaran kecil masih berlaku. Setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui.
Kebakaran itu telah merebak sehingga ke kawasan hutan berdekatan dengan kawasan penduduk yang padat dan menyebabkan asap hitam menyelubungi udara.
Penduduk kampung Maale HaHamisha dan Yad Hashmona telah dipindahkan ekoran kebakaran itu, kata polis rejim Zionis. Namun, penduduk kemudian dibenarkan kembali ke rumah masing-masing pada waktu malam.
Sumber: Sinar Harian