Kejam! 5 Mangsa Ditembak Mati Dalam Masa Kurang 48 Jam| Hujung minggu ‘berdarah’ telah melanda Indianapolis selepas media tempatan melaporkan lima orang mangsa telah ditembak mati dengan ganas serta berlaku dalam masa kurang dari 48 jam, di sini, baru-baru ini.
Tembakan yang mematikan itu dipercayai meliputi kawasan bandar, dari pusat bandar ke sisi barat dan timur bandar tersebut sehingga menyebabkan beberapa penduduk tertanya-tanya apa yang dilakukan oleh pemimpin bandar tersebut untuk memastikan keselamatan penduduk tersebut terjamin.
Kejaidan dikatakan berlaku tepat selepas matahari terbenam baru-baru ini, di blok 4100 Jalan E. 35th selepas seorang lelaki dan wanita dilaporkan ditemui mati ditembak di dalam sebuah kereta, yang dikatakan berhenti setelah merempuh sebatang pokok.
Menurut seorang saksi serta penduduk di kejiranan terbabit, Mike Hamilton, dia baru sahaja pulang malam tadi dan terlihat terdapat dua orang dipercayai mati ditembak di dalam kereta itu selain menyifatkan sebagai sesuatu yang menyedihkan
Hamilton yang tinggal di seberang jalan dimana tempat kejadian tersebut berlaku menjelaskan bahawa dia tidak tahu apa yang menyebabkan pembunuhan tersebut berlaku, namun menurut pandangan detektif, ia dipercayai mungkin disebabkan oleh rompakan.
Kata Hamilton, sepanjang hayatnya apabila tinggal di kawasan terbabit, tidak pernah dia membayangkan akan berlaku kejadian menembak sebegini di kejiranan tersebut.
Berselang 90 minit kemudian, pihak polis dilaporkan menerima panggila untuk ke East New York Street iaitu berhampiran Sherman sebelum menemui Peter Carr yang berusia 30 tahun itu ditembak berhampiran lorong. Carr dikatakan meninggal dunia setelah dibawa ke hospital menurut laporan Fox 59.
Pada hari tesebut sahaja iaitu sekitar jam tiga pagi, dilaporkan mangsa keempat dikatakan dibunuh ketika duduk di luar Ruang Tamu, Pennsylvania Utara di pusat bandar Indy.
Mangsa dikenali sebagai Jeffrey Whitsey, 56 tahun, dikatakan sedang duduk di teras belakang menurut saksi kejadian sebelum mengatakan dia terlihat seorang lelaki berjalan tanpa disuruh dan menembaknya berkali-kali sebelum melarikan diri.
Akhirnya, pada keesokan harinya, Kane Baca yang berusia 24 tahun dilaporkan turut dibunuh selepas dipercayai ditembak di tempat parkir sebuah bangunan pangsapuri di Coquina Key Drive di sebelah barat. Menurut penduduk di kawasan kejadian, ianya sangat pelik dan aneh kerana kejadian sebegitu jarang sekali berlaku dan ia sekarang terjadi di hadapan mata mereka.
Menurut Hamilton, hal ini sangat tidak menyenangkan bagi pihaknya selain menyifatkan kejadian ini sebagai suatu tindakan tidak menghormati kehidupan orang lain. ”
Pembunuhan tersebut menjadikan jumlah pembunuhan tahun ini menjadi 159 orang dalam tempoh lebih dari 7 bulan pada tahun ini, tetapi kenyataannya adalah Indianapolis bukan satu-satunya bandar yang berjuang untuk mencegah keganasan sebegini.
Polis kini dilaporkan sedang melakukan siasatan bagi kes pembunuhan “bersiri” ini iaitu sama ada bermotifkan dendam atau sebaliknya.
Sumber: Fox 59 News