Dipercayai angkara cemburu, seorang lelaki di Banjar, Kalimantan Selatan, Indonesia bertindak di luar kawalan dengan menikam bekas isterinya sebanyak tujuh kali sehingga maut pada Ahad lalu.

Menurut laporan Tribun News, suspek dikenali sebagai Alba, 24, bertindak mencederakan bekas isterinya, Nadia Fitri sehingga meninggal dunia.

Suspek dipercayai bertindak sedemikian kerana tidak mahu lelaki lain memiliki mangsa.

Penduduk kampung yang menjumpai wanita berkenaan pada mulanya menyangkakan mangsa hanya pengsan.

Setelah itu, pihak polis tiba dan mengesahkan mangsa meninggal dunia dengan kesan tikaman pada badan.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek di Kota Banjarmasin sebelum membawanya ke balai polis semalam.

Ujar Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Banjar, Iptu H Suwarji, suspek memberikan alasan dia telah dikhianati oleh bekas isterinya sebelum bertindak sedemikian rupa.

“Penjenayah itu takut, lalu meninggalkan mangsa di lokasi di mana mangsa dijumpai”, katanya.

Sumber: OhBulan

Share.

Leave A Reply