Kejam! Bunuh Dan Makan Mayat Warga Emas, Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Otak | Seorang lelaki telah didawa atas tuduhan membunuh dan ‘kanibalisme’ selepas dia dilaporkan membakar anggota badan seorang lelaki berusia 70 tahun menggunakan ketuhar, baru-baru ini.

Kejam! Bunuh Dan Makan Mayat Warga Emas, Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Otak

Suspek yang berusia 39 tahun itu telah mendakwa bahawa dengan memakan mayat mangsa akan menyembuhkan otaknya, menerusi petikan dari The Sun.

Timbalan Pejabat Syerif Daerah Bonner juga telah mengesahkan kejadian itu selepas mereka menemui cebisan mayat mangsa di Clark Fork, Idaho, AS.

Semasa menggeledah di tempat kejadian, beliau memberitahu bahawa mereka terkejut apabila menemui ketuhar gelombang mikro dan mangkuk kaca yang berisi darah serta beg sandang dan pisau yang berlumuran darah.

Jelasnya, apabila  berhadapan dengan kematian dan pembunuhan beramai-ramai, ia mengejutkan hati nurani mereka selain ia merupakan tuduhan ‘kanibalisme’ pertama di Idaho.

Selain itu, mangsa juga didapati berada dalam keadaan terbalik di tempat duduk penumpang trak miliknya dan dilaporkan pergelangan tangannya juga diikat dengan pita.

Suspek difahamkan telah menyerah kepada pihak berkuasa beberapa hari selepas kejadian. Dia juga akan menghadapi perbicaraan pada 28 Disember nanti dan telah dihantar ke Program Perubatan Keselamatan Idaho untuk penilaian lanjut.

Menurut Badan Perundangan Idaho, jenayah ‘kanibalisme’ boleh dihukum di negeri tersebut dengan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Sumber: The Sun

Share.

Leave A Reply