Kejam! Setelah Dibunuh, Keluarga Dituntut Bayar $85 Untuk Mengambil Mayat Mereka Di Myanmar

| April 12, 2021 | 0 Comments

Kejam! Setelah Dibunuh, Keluarga Dituntut Bayar $85 Untuk Mengambil Mayat Mereka Di Myanmar | Tentera junta Myanmar sekali lagi menimbulkan kemarahan rakyat tempatan di sini selepas mereka dilaporkan menuntut sejumlah wang iaitu kira-kira $85 bagi mengambil mayat mangsa yang telah dibunuh oleh anggota pasukan penyelamat selepas mereka melancarkan tindakan keras terhadap protestant di sini, baru-baru ini.

Kejam! Setelah Dibunuh, Keluarga Dituntut Bayar $85 Untuk Mengambil Mayat Mereka Di Myanmar

Sekurang-kurangnya 85 orang dilaporkan telah terbunuh di Bago iaitu kira-kira 90 kilometer di timur laut Yangon, selepas ia diserbu oleh pasukan keselamatan tentera menurut laporan tempatan. 700 orang dikhabarkan telah menjadi korban sejak tentera menjatuhkan pemerintah yang dipilih rakyat Myanmar dalam rampasan kuasa yang berlaku pada Februari lalu.

Sejak dari peristiwa itu,  pentadbiran negara Myanmar kini telah diambil oleh pihak tentera junta iaitu dianggotai anggota polis, tentera, serta pasukan keselamatan elit yang kini mula bertindak ganas bagi menentang kumpulan penunjuk perasaan secara aman dan tidak bersenjata. Mereka dilaporkan telah menahan kira-kira 3,000 orang sehingga memaksa para aktivis untuk menyembunyikan diri.

Kota Bago telah menyaksikan beberapa tembakan yang dilepaskan kepada penunjuk perasaan anti-kudeta yang menggunakan senapang, bom tangan roket serta bom tangan biasa oleh tentera Myanmar sehingga menyebabkan ramai penduduk dilaporkan telah melarikan diri ke kampung-kampung berdekatan sejak serangan yang berlaku, baru-baru ini. Internet juga dikatakan telah terputus di daerah itu sejak berlaku pertempuran di antara pasukan penyelamat dan kumpulan penunjuk perasaan.

Menurut satu catatan Facebook dari Kesatuan Pelajar Universiti Bago, tentera kini dilaporkan telah menuntut sekurang-kurangnya 120,000 keluarga rakyat Myanmar  untuk membayar sebanyak ($ 85) bagi mengambil mayat saudara-mara yang meninggal akibat ditembak pasukan penyelamat.

Sumber: CNN News

Tags: , , , , , , ,

Category: DUNIA, INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *