JAINJ Tak Guna Lagi ‘Van Jenazah’, Jaga Aib Individu Tidak Berpuasa

| April 12, 2021 | 0 Comments

JAINJ Tak Guna Lagi ‘Van Jenazah’, Jaga Aib Individu Tidak Berpuasa | Penggunaan van jenazah ketika bulan puasa sering digunakan bagi menangkap sesiapa sahaja  umat Islam yang didapati ponteng puasa sepanjang bulan Ramadan.

JAINJ Tak Guna Lagi 'Van Jenazah', Jaga Aib Individu Tidak Berpuasa

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) tidak akan menggunakan van jenazah bagi mengangkut umat Islam yang ditangkap kerana tidak berpuasa. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Johor, Torsin Jarvanti berkata, tindakan itu diambil bagi menjada aib individu berkenaan.

Menurut Torsin, walau bagaimanapun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada mereka yang ditangkap tidak berpuasa pada bulan yang mulia ini.

“Pada masa yang sama, pihak JAINJ akan mengambil pendekatan dengan memberi nasihat kepada umat Islam yang ditahan tidak berpuasa,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Festival Sekolah Agama Angkat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dengan kerjasama JAINJ di Yayasan Warisan Johor, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Torsin berkata, pihaknya mengenal pasti 15 lokasi ‘port’ beli makanan di Johor Bahru dan Kulai, termasuk restoran atau kedai makan yang berselindung atau guna pintu belakang sepanjang bulan puasa ini.

Katanya lagi, penguat kuasa akan menjalankan pemeriksaan dan risikan di lokasi yang dikenal pasti sebelum membuat tangkapan terhadap individu yang tidak berpuasa.

“Jangan suka hati hendak makan dan minum dengan bersembunyi kerana penguat kuasa akan bergerak di seluruh lokasi yang dikenal pasti mulai esok,” katanya.

Puasa pada bulan Ramadan bukan sahaja mendidik diir daripada makan dan minum tetapi turut menahan diri mereka daripada melakukan perbuatan mungkar seperti menipu, bertengkar, mengeluarkan kata-kata buruk dan sia-sia.

Puasa juga akan membina serta membiasakan semua sikap positif itu dalam diri masing-masing.

Sumber : Harian Metro

 

Tags: , ,

Category: AGAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *