Kejam! Wanita Dirog*l 4 Lelaki Bergilir-gilir, Anak Maut Dicampak Suspek | Nasib malang menimpa seorang wanita berusia 19 tahun selepas dia dilaporkan di Rokan Hulu, Riau, Indonesia ini apabila dia dikatakan telah dirogol oleh empat orang lelaki.

Kejam! Wanita Dirog*l 4 Lelaki Bergilir-gilir, Anak Maut Dicampak Suspek

Lebih menyedihkan , dia yang merupakan seorang ibu terpaksa kehilangan anaknya selepas dikhabarkan anaknya yang masih bayi turut dilaporkan meninggal dunia akibat dihempas oleh lelaki berkenaan.

Menurut mangsa, dia telah mengakui bahawa dirinya telah dirogol oleh empat orang lelaki secara bergilir-gilir dalam kejadian yang tragis itu.

Jelasnya, dia berasa takut kerana suspek-suspek tersebut mengancam dengan memakai pisau dan ada juga yang memakai senjata api.

Menerusi portal detik news, kejadian memilukan itu telah berlaku pada September-Oktober 2021 di daerah Tambusai Timur, Rokan Hulu, Indonesia.

Mangsa menyatakan bahawa kejadian rogol itu telah dilakukan oleh suspek yang dinamakan sebagai DK, AT, ML dan ZM. Tambahnya, suspek yang dikenali sebagai DK itu telah merogolnya sebanyak tiga kali.

Yang lebih memilukan, suspek DK tersebut dikatakan telah menghempas anaknya ke lantai sewaktu suami mangsa  sedang keluar memancing.

Difahamkan, anaknya telah ditarik pada bahagian tangan, dicampak ke atas katil dan kejang naun mangsa dilaporkan terkedu dan tidak mengambil sebarang tindakan.

Perkara tersebut turut disahkan oleh peguam mangsa. Bayi itu telah meninggal dunia selepas kejadian tersebut. Bayi yang meninggal dunia itu baru sahaja berusia dua bulan.

Mangsa dilaporkan telah dirogol dihadapan dua orang anaknya yang berusia 2 bulan dan 3 tahun. Mangsa dikatakan tidak dapat melawan kerana diugut dengan menggunakan pisau.

Keadaan mangsa dikhabarkan mengalami trauma yang teruk dan dilaporkan seorang dari empat suspek yang dikhendaki sudah berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Rokan Hulu, AKBP Wimpiyanto memaklumkan bahawa pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes tersebut pada Oktober lalu.

Setelah menerima laporan tersebut, beliau mengatakan bahawa pasukan penyiasat telah menjalankan siasatan terhadap kes itu termasuk mengumpul bukti berupa keterangan daripada beberapa saksi dan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Polis Tambusai Utara tidak lama lagi.

Sumber: Detik News 

 

 

Share.

Leave A Reply