Seorang lelaki bertindak mengerat teman wanitanya kepada 35 bahagian sebelum membuangnya ke hutan Mehrauli di Delhi, India.
Memetik laporan News Nine, lelaki dikenali sebagai Aftab Ameen Poonawalla didakwa membunuh teman wanita bernama Shraddha di sebuah flet di Mehrauli.
Menurut pihak berkuasa Delhi, mayat wanita itu ditemui selepas 18 hari kejadian berlaku.
NDTV melaporkan kejadian berlaku apabila pasangan ini bergaduh dan Poonawalla bertindak kejam mencekik dan mengerat anggota badan teman wanita itu sebelum menyimpan cebisan mayat di dalam peti sejuk yang dibeli selepas kejadian.
Menurut sumber kepada NDTV, Poonawalla akan keluar pada jam 2 pagi setiap hari untuk membuang anggota badan mayat.
Segalanya terbongkar apabila bapa mangsa, Vikas Madaan datang ke Delhi untuk memeriksa selepas tidak dapat menghubungi anak perempuannya.
Dia kemudian membuat laporan kes culik di balai polis Mehrauli selepas mendapati rumah flet didiami anaknya berkunci.
Menurut sumber lagi, pergaduhan berlaku disebabkan wanita itu mendesak Poonawalla untuk mengahwininya.
Sementara itu, Poonawalla telah ditahan pihak polis pada Sabtu lalu dan proses mengesan baki anggota badan sedang diteruskan.
Sumber : Astro Awani
Lelaki Bunuh, Kerat Kekasih Gelap Sebelum Tanam. ‘Ini’ Puncanya..
Seorang lelaki di Thailand mengaku membunuh kekasih gelapnya dan mengerat anggota badan mangsa sebelum menanamnya di kawasan sebuah lebuh raya di Bangkok, lapor portal berita Coconuts pada 3 Oktober.
Charnwit ‘Don’ Wongsahak, 35, ditahan Ahad lalu kerana disyaki membunuh dan mengerat tubuh kekasihnya, Oranan ‘Phim’ Narathorn, 30, di sebuah kondominium di wilayah Samut Prakan.
Suspek mengaku mengerat Oranan kepada tujuh bahagian dan memasukkan mayat wanita itu ke dalam dua beg berwarna hitam yang ditanam di Jalan Prasert Manukij di bawah Lebuh Raya Chalong Rat.
Menurut laporan, pegawai polis di Samrong Nuea dimaklumkan oleh seorang pembantu rumah yang pergi ke sebuah unit kondominium untuk membersihkannya pada Sabtu.
Menurut wanita tersebut, dia menghidu bau darah selain paip di bilik mandi tidak ditutup yang menyebabkannya mengesyaki berlakunya pembunuhan di situ.
Pada keesokan harinya, pihak berkuasa yang tiba untuk menggeledah rumah tersebut menemui Charnwit dalam keadaan tenang dan mengaku bahawa dia membunuh Oranan.
Menurut suspek, mereka berdua bekerja dalam bidang hartanah dan sering bertemu di unit kondominium tersebut untuk melepaskan hawa nafsu kerana dia telah berkahwin dengan wanita lain selama lima tahun.
Tambah suspek, mereka sering bertengkar kerana Oranan enggan mengakui hubungan mereka, yang membuatkan dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain juga.
Pada Rabu lalu, mereka bertengkar sebelum Charnwit membelasah mangsa sehingga mati. Dia turut tinggal bersama mayat wanita itu semalaman, sebelum keluar membeli kapak, pisau dan gergaji keesokan harinya untuk mengerat badan Oranan.
Leftenan Jeneral Polis Diraja Thailand, Surachet “Big Joke” Hakpan berkata, suspek mengaku membunuh dan akan disoal siasat secara rasmi.
Sumber : KMN