Israel Tembak m@ti Remaja Perempuan Palestin | Kekejaman tentera Israel berterusan apabila mereka menembak mati seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika serbuan di Tebing Barat, awal pagi semalam.

Insiden terbaharu itu dikecam hebat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mangsa dikenali sebagai Fulla al-Masalmeh maut di tempat kejadian, di bandar Beitunia.

Katanya, Fulla tinggal bersama ibunya di al-Bireh berhampiran Ramallah.

Dalam pada itu, keluarga mangsa termasuk ibu, abang dan kakaknya tidak dapat menahan emosi dan enggan ditemu bual ketika melakukan pengecaman di bilik mayat Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, petang semalam.

Tentera Israel berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian itu dan mengesahkan tentera melepaskan tembakan ke arah kenderaan yang memecut ke arah mereka selepas mereka memberi isyarat supaya kenderaan itu berhenti.

Seorang saksi mendakwa, kereta dinaiki remaja itu tidak mendatangkan bahaya ketara kepada tentera Israel.

Sementara itu, seorang penduduk berusia 35 tahun berkata, tentera Israel menceroboh masuk ke bandar itu dan menangkap jirannya kira-kira 3.30 pagi.

penduduk itu berkata, beliau memerhatikan dari tingkap dan melihat kira-kira 20 tentera menggeledah kereta yang diletakkan di hadapan bangunan.

Penduduk juga berkata, kemudian sebuah kereta menghampiri dari jarak yang agak jauh. Ia bergerak dengan perlahan antara 20 hingga 30 kilometer sejam (km/j).

Beliau juga menyatakan tidak melihat mereka melakukan sesuatu yang mencurigakan, namun sekumpulan askar Israel yang ditempatkan di belakang kereta itu tiba-tiba melepaskan tembakan ke arah kenderaan itu, tanpa amaran jelas.

Penduduk itu bertambah lagi, pasukan tentera itu bergabung melepaskan peluru ke arah kenderaan itu dan selepas itu seorang pemandu lelaki keluar dari kereta dalam berdarah dan mengangkat tangannya ke atas kepala dan saya ternampak seorang remaja tidak bergerak di tempat duduk penumpang.

Penyerang warga Palestin didakwa melakukan cubaan puluhan tikaman dan rempuhan kereta dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Wakil tertinggi PBB di Timur Tengah, Tor Wennesland membuat ciapan di Twitter menggesa Israel menjalankan penyiasatan segera dan menyeluruh.

Euro-Mediterranean, Pemantau Hak Asasi Manusia berkata, pembunuhan Fulla menggambarkan pengabaian serius terhadap kehidupan rakyat Palestin.

Sumber: Harian Metro

 

Artikel Lain

Tentera Israel Tembak Mati Wartawan Al Jazeera Di Tebing Barat

Tentera Israel Tembak Mati Wartawan Al Jazeera Di Tebing Barat | JENIN: Wartawan veteran Al Jazeera, Shireen Abu Aqleh ditembak mati oleh tentera Israel semalam ketika dia membuat liputan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki, lapor seorang jurugambar AFP.

Al Jazeera dan kementerian kesihatan Palestin mengesahkan kematian Shireen, 51, seorang tokoh terkemuka dalam perkhidmatan berita Arab saluran itu.

Tentera Israel mengesahkan bahawa ia telah menjalankan operasi awal semalam di kem pelarian Jenin, kubu kuat kumpulan bersenjata Palestin di utara Tebing Barat.

Ia menambah bahawa terdapat pertukaran tembakan antara suspek dan pasukan keselamatan dan ia sedang menyiasat sama ada ‘wartawan cedera, mungkin oleh tembakan Palestin’.

Ketegangan meningkat sejak beberapa bulan kebelakangan ini apabila Israel bergelut dengan gelombang serangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang sejak 22 Mac, termasuk seorang pegawai polis Arab-Israel dan dua warga Ukraine.

Tentera Israel telah menyalahkan penduduk Jenin berhubung beberapa serangan dan telah meningkatkan operasi di kawasan itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Seramai 30 rakyat Palestin dan tiga warga Arab Israel telah terkorban dalam tempoh yang sama, menurut pengiraan AFP, antaranya pelaku serangan dan mereka yang dibunuh oleh pasukan keselamatan Israel dalam operasi Tebing Barat.

SUMBER : Berita Harian

Share.

Leave A Reply