Kem Pelarian Syria Sunyi Sepi. Lelaki Ni Dedah Ke Mana 70,000 Pergi | Allahu. Musim sejuk sedang menggamit kem pelarian penduduk Syria di sempadan Lubnan. Sunyi sepi hening. Lelaki ini, Dr Taufiq Razif menceritakan ke mana 70,000 penduduk pelarian Syria ni pergi waktu ini. Ikuti kisahnya.
LEBIH SEBAK BILA BERADA SENDIRI DI SITU
Ni gambar terkini keadaan di Kem Pelarian Syria di sempadan Lubnan-Syria. Sayunya hati saya.
Saya sayu sebab saya sendiri dah sampai ke kem ni dan ramai anak anak kat dalam kem ni tak ada stokin dan tak ada baju sejuk pun untuk panaskan badan dan kaki mereka!
Allah. Macam mana mereka nak hadapi musim sejuk ni. Rumah mereka pun daripada plastik dan guni je. Makin sejuk adalah kat dalam rumah sebab rumahnya macam perangkap suhu.
Saya boleh kata, rumah mereka sekarang lebih sejuk daripada peti ais di dalam rumah kita. Suhu di sana sekarang – 6°c dan di dalam khemah khemah yang anda tengok sekarang penuh dengan anak anak yang tengah peluk mak dan ayah dia untuk memanaskan badan.
SAMA-SAMA KONGSI KESUSAHAN MEREKA
Tolong tunjuk gambar dan cerita ni pada keluarga masing masing. Mereka semua perlu tahu keadaan sebenar di kem pelarian Syria. Kalau tidak mampu untuk hulur bantuan pun tak apa, asalkan semua orang tahu di dunia apa yang anak anak Syria sedang rasakan sekarang.
Ya Allah. Kuatkan anak anak Syria di sana Ya Allah.
Kenapa sunyi sepi je kem ni dan tak ada orang lalu lalang? Sebab semua sedang bertarung dengan kesejukan. Boleh meninggal mereka kalau keluar rumah.. Tapi dalam rumah pun lebih sejuk sebenarnya cuma di dalam rumah, tak ada angin dingin beku yang biasa membadai kem tersebut. Tu je bezanya
Kem ni penuh dengan lebih daripada 70,000 orang pelarian Syria. Kenapa sunyi sepi je kem ni dan tak ada orang lalu lalang? Sebab semua sedang bertarung dengan kesejukan. Boleh meninggal mereka kalau keluar rumah.. Tapi dalam rumah pun lebih sejuk sebenarnya cuma di dalam rumah, tak ada angin dingin beku yang biasa membadai kem tersebut. Tu je bezanya.Semua sedang berpeluk tubuh dan cuba menghangatkan keluarga masing masing.
Taufiq Razif – Saya pernah ke kem di dalam gambar ni. Saya buka sarung tangan untuk merasai apa yang anak anak Syria ni rasai. Saya hanya mampu bertahan 20 minit sahaja tanpa sarung tangan di kem sana. Selepas 20 minit, jari jemari saya mulai kebas
Sebak.
Kredit : FB Taufiq Razif