Resepi Masakan Chicken Quesadillas

| January 24, 2020 | 0 Comments

Resepi Masakan Chicken Quesadillas| Assalamualaikum. Hari ni kami kongsikan kepada anda resepi masakan Chicken Quesadillas. Resepi ni adalah salah satu hidangan yang sangat mudah nak buat dan semestinya sihat. Hidangan ini sesuai untuk di buat breakfast. Resepi masakan Chicken Quesadillas yang crispy di luar dan rasa cheesy di dalam pasti akan membuatkan anak-anak anda suka, resepi sedap ni anda boleh tengok cara masakan daripada khairulaming.

Bahan-bahan Buat Chicken Quesadillas:

  • ¼ ekor ayam panggang (cari di supermarket)
  • 1 biji bawang merah
  • ½ biji lada benggala merah
  • ½ biji lada benggala hijau
  • Garam
  • Lada hitam
  • 3 keping keju
  • 2 tortilla wrap

Cara-cara Masak Chicken Quesadillas:

Untuk buat inti chicken ialah:
  1. Carikkan ayam panggang yang tersedia.
  2. Kemudian, tumiskan 1 biji bawang merah bersama ½ biji lada benggala merah dan hijau. Tumis sehingga layu.
  3. Setelah tu, masukkan sedikit garam dan lada hitam. Kacau sekata bahan-bahan tersebut.
  4. Kemudian, campurkan ayam panggang yang telah di carik bersama bahan-bahan tumis tadi ke dalam kuali.
  5. Masak sehingga inti layu dan angkat.
Untuk sediakan Quesadillas ialah:
  1. Panaskan sekeping tortilla atas pan tanpa minyak.
  2. Letakkan inti bahan-bahan tumis bersama ayam panggang di atas tortilla wrap
  3. Kemudian, letakkan 3 keping keju atas inti
  4. Kemudian, tutup dengan sekeping tortlila atas inti tadi.
  5. Flirt kan tortilla menggunakan pinggan.
  6. Masak sehingga roti tortilla tu nampak garing ya. Baru sedap nak makan.
  7. Da siaappp.. begitu lah hasil Chicken Quesadillas.
  8. Potong empat dan sedia untuk di makan.

Nampak sedap kan resepi masakan Chicken Quesadillas ni. Sedap dan mudah. Anda patut cuba dan hidangkan untuk anak-anak dan suami waktu cuti-cuti ni. Mesti mereka suka. Kepada anda yang nak cuba buat resepi masakan Chicken Quesadillas ni, kami ada sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Selamat mencuba.

Video Masakan:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairulaming (@khairulaming) on

Kredit : Instagram khairulaming

Tags: , , , , , ,

Category: RESEPI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *