Kematian pempengaruh TikTok, Cooper Noriega, 19, masih menjadi misteri selepas mayatnya dijumpai dalam keadaan yang ‘pelik’.

Kematian 'Pelik' Influencer TikTok Cetus MISTERI. Sempat Tinggalkan 'Pesanan'..

Mayatnya dijumpai di tempat letak kereta pusat beli-belah di blok 500 North First Street, Burbank, California dalam keadaan ‘pelik’.

Memetik laporan media, mayat Noriega ditemui sekitar jam 4.20 petang pada Khamis lalu (9/6/2022).

Punca kematian lelaki itu masih dalam siasatan.

Apa yang lebih pelik, apabila Noriega dikatakan sempat berkongsi beberapa catatan misteri.

Kemudian, dikongsi di TikTok di mana menunjukkan dia sedang berbaring di atas katil sebelum meninggal dunia.

“Siapa sangka mereka akan mati muda.”

Dia sebelum ini, terbuka dengan para pengikutnya mengenai perjuangan penyakit mental dan penggunaan dadah.

Kematian 'Pelik' Influencer TikTok Cetus MISTERI. Sempat Tinggalkan 'Pesanan'..

“Saya mahu menggunakan pengaruh yang saya ada berikan untuk mencipta ruang bagi menyebarkan kesedaran dan menormalkan perbincangan tentang penyakit mental,” katanya.

Sebelum meninggal dunia, pada Ahad lalu model ini telah memulakan server Discord (ruang yang digunakan bersama pengikut dan berkongsi cerita masing-masing tentang kesihatan mental).

Mana-mana individu yang mahu berkongsi sebarang luahan boleh turut menyertainya.

“Salah satu daripada banyak perkara yang saya pelajari semasa melawan ‘ketagihan’ ialah mengelilingi diri anda dengan orang negatif hanya akan menjatuhkan anda,” luahnya.

Ujarnya lagi, laman tersebut bertujun menyediakan ruang yang selamat.

Malah, mereka boleh membantu antara satu sama lain melalui fasa-fasa yang sukar.

Model ini mempunyai 1.7 juta pengikut di laman TikTok, lebih daripada 89k pengikut di Twitter dan 610k pengikut di Instagram.

Sumber: Oh Bulan

Share.

Leave A Reply