Kembali Peluk Islam Selepas 13 Tahun Murtad, Penyanyi Takutkan ‘Hal’ Ini Terjadi | Khalifah Media Networks – Selepas 13 tahun bergelar murtad apabila nekad keluar agama Islam dan menganuti Kristian, penyanyi Nania Yusuf kembali menjadi seorang muslim selepas melafazkan kalimah syahadah ketika Aidilfitri lalu.

Ujar bekas peserta program Indonesia Idol itu, dia memutuskan kembali menganut Islam selepas mendakwa mendapat hidayah selain tertanya-tanya bagaimana pengakhiran dirinya ketika meninggal dunia nanti.

“Sejak kebelakangan ini hati saya berasa tidak tenteram. Saya tertanya-tanya jika meninggal dunia nanti, bagaimana saya akan diuruskan? Siapa yang akan mendoakan saya,” ujarnya.

Kata penyanyi berusia 38 tahun itu lagi, selepas menganuti agama Kristian pada 2009, hubungan bersama keluarga terutama ibunya menjadi renggang.

Kata Nania, dia juga takut jika ibunya meninggal dunia nanti, wanita itu tidak mengampunkan dosanya selain kehilangan restu dan doa.

“Keluarga saya semuanya Islam. Mereka memang menentang keras keputusan saya menganuti agama Kristian. Walaupun akhirnya mereka berkata okey, namun saya tahu hati mereka tidak tenteram,” katanya.

SUMBER : Kosmo!

 

 

Tular Pintu Kaabah Terbuka Sendiri, Akhirnya Pihak Berwajib Tampil Beri Penjelasan | Khalifah Media Networks – Baru-baru ini tular satu video di media sosial yang mendakwa bahawa pintu kaabah terbuka secara automatik dan jin serta malaikat sedang menunaikan solat di dalamnya.

Bagaimanapun, video ‘keajaiban’ itu telah disahkan palsu dan disebarkan untuk mengelirukan orang ramai, lapor The Islamic Information.

Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Sheikh Abdul Rahman al-Sudais, video itu palsu dan ia sebenarnya dirakam pada bulan Ramadan yang lalu.

Difahamkan, pintu itu akan dibuka untuk Perdana Menteri dan Presiden dari seluruh dunia yang mengunjungi Masjidil Haram untuk menunaikan umrah.

Baca selanjutnya Di Sini

Share.

Leave A Reply