“Kenaikan Gaji Minimum Meningkatkan Harga Barang”- Ujar Pakar Ekonomi | Kenaikan gaji minimum kepada RM1,500 berkemungkinan boleh meninggalkan kesan harga, iaitu harga barangan akan meningkat, kata Profesor Kehormat Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Datuk Dr Madeline Berma.

"Kenaikan Gaji Minimum Meningkatkan Harga Barang"- Ujar Pakar Ekonomi

Ahli ekonomi itu berkata, kenaikan gaji minimum juga boleh menyebabkan kesan penggantian kerana apabila kenaikan harga barangan itu diserapkan, sering kali majikan atau pengusaha akan mengalihkan kos tambahan kepada pengguna.

Jelasnya, disebabkan itu ada yang tidak menikmati kenaikan gaji minimum, tetapi secara makronya harga barangan naik justeru isunya bukan sahaja mengurus kenaikan gaji minimum kerana yang terkesan adalah rakyat secara keseluruhannya. Isu ayam, telur, rantaian bekalan itu yang patut dibincangkan.

Tambahnya, kesan lain ialah ada sesetengah majikan menyatakan bahawa ini adalah waktu terbaik untuk menggantikan pekerja dengan mesin atau teknologi baharu daripada terpaksa menanggung beban kenaikan gaji buruh.

Bagaimanapun, Madeline tidak menolak kebenaran bahawa dari segi ekonomi, terdapat kebenaran apabila meletakkan wang di tangan pengguna atau individu akan menjana ekonomi kerana pendapatan itu akan dibelanjakan.

Katanya, seperti yang beliau sebut sebelum ini, sasarannya kena betul sebab ramai dalam sektor tidak formal berada dalam kalangan pendapatan rendah.

Beliau berkata, belum masanya untuk kenaikan gaji minimum kerana majikan ketika ini banyak yang bertahan atas dasar subsidi kerajaan.

Tambahnya lagi, kebanyakannya bertahan atas dasar subsidi kerajaan dan kita tahu program subsidi upah akan berakhir tidak lama lagi justeru itu yang perlu lebih khuatir adalah mengenai masa kerana kita memerlukan bisnes dari segi mikro, skala sederhana dan skala besar ini untuk pulih dahulu.

Ujarnya, kos sekarang, kini kita tambahkan lagi kos buruh, dengan kos modalnya, belum cerita lagi rantaian bekalan yang tersekat-sekat dan kita harus benarkan dahulu perniagaan ‘bernafas’.

Oleh itu beliau berpendapat, waktunya mungkin pada masa ini belum sesuai.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply