Kerana Cemburu Wanita Sanggup Campak Bayi Rakan Dari Tingkat 13 | Akibat cemburu dengan kebahagian rakan sendiri, seorang wanita bertindak kejam dengan mencampak bayi rakannya yang baru berusia dua bulan dari tingkat 13 sebuah pangsapuri.

Kerana Cemburu Wanita Sanggup Campak Bayi Rakan Dari Tingkat 13

Lapor Daily Mail, Daria Shavelkina, 31, terlalu cemburu dengan ibu kepada tiga anak, Yaroslava Korolyova, 30, yang mempunyai seorang suami yang sangat penyayang serta keluarga yang bahagia.

Ketika kejadian, ibu mangsa yang merupakan seorang konsultan kecantikan pergi ke rumah suspek untuk mengambil baju bayi terpakai namun ketika ibu mangsa sedang berpaling, suspek yang bekerja sebagai jurusolek mengambil bayi perempuan itu dan mencampakkan bayi tersebut keluar tingkap.

Ibu mangsa kemudiannya bergegas turun dari tingkat 13 namun ketika ia sampai ia mendapati mendapati bayinya sudah tidak bernyawa selepas jatuh atas permukaan keras di halaman rumah.

Pasukan penyiasat memaklumkan tiada pertengkaran berlaku antara mereka sebelum kejadian.

Dalam pada itu, mahkamah juga mendapati suspek telah membuat kenyataan palsu yang mendakwa dirinya menghidap skizofrenia.

Wanita itu membuat pengakuan kononnya menghidap penyakit mental dan terdengar suara di dalam kepalanya yang mengarahkan dirinya untuk mencampak bayi itu.

Wanita terbabit kemudiannya dikenakan hukuman penjara selama 17 tahun dan perlu membayar pampasan sebanyak 49,500 pound (RM 287,000) kepada keluarga mangsa.

Sumber: Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply