Kereta Bertembung Lori. Dua Maut Tersepit. | Dua maut apabila kereta Proton Satria dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Muadzam, Rompin menghala Segamat kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi.

Pegawai Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang, Penolong Penguasa Bomba Azhar Jaafar berkata, seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera pemadam (FRT) bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, jarak lokasi kejadian dianggarkan 9 kilometer dari Balai Bomba Penyelamat di Muadzam Shah, Rompin.

“Sampai di lokasi kejadian, kita mendapati sebuah lori 18 tan telah bertembung dengan sebuah kereta Proton Satria.

“Siasat awal mendapati pemandu lori mengalami kecederaan manakala dua mangsa yang menaiki kereta Proton Satria maut di tempat kejadian akibat tersepit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azhar berkata, pihak bomba bertindak mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan rescue tool.

“Dua mangsa maut itu telah diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“Pemandu lori yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dihantar ke hospital berdekatan untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Share.

Leave A Reply