Kerajaan Perak Bubar. Bekas ADUN DAP Dedah Komplot Ramai TERKEJUT.

| March 10, 2020 | 0 Comments

Kerajaan Perak Bubar. Bekas ADUN DAP Dedah Komplot Ramai TERKEJUT. | Dua bekas pemimpin DAP Perak mengesahkan wujud usaha untuk menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Menteri Besar ketika dalam kerajaan sebelum ini.

Perkara itu didedahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A Sivasubramaniam dan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong yang umum keluar parti semalam.

Sivasubramaniam berkata, rancangan itu diatur bagi memberi laluan lantikan Menteri Besar baharu kalangan wakil rakyat Melayu DAP sendiri.

Menurutnya, terdapat juga usaha dilakukan bagi menyingkirkan ADUN Tronoh, Paul Yong Choo Kiong daripada jawatan Exco kerajaan negeri.

“Rancangan untuk jatuhkan Menteri Besar dan gulingkan kerajaan memang sudah ada dan lama dibincangkan dalam Jawatankuasa DAP Perak.

“Hasrat mereka nak letakkan seorang ADUN Melayu daripada DAP sebagai Menteri Besar malah, mereka juga berkomplot menjatuhkan ADUN Tronoh untuk ambil alih portfolio yang dipegang beliau.

“Saya nak beritahu, walaupun seluruh rakyat Malaysia berhasrat untuk tukar kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya yang lepas tetapi di Perak, jikalau bukan dengan sokongan Ahmad Faizal membawa dua orang UMNO, saya ingat DAP pun tak boleh tubuhkan kerajaan,” katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau yang juga bekas Penolong Setiausaha Organisasi DAP negeri berkata, apa yang didedahkan Ahmad Faizal bahawa wujud pengkhianatan bermula daripada beberapa Exco adalah benar dan sahih.

Katanya, ia termasuklah untuk membawa usul undi tidak percaya dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Jika diikutkan hati, saya nak tunjukkan minit mesyuarat yang secara terang menunjukkan apa yang saya katakan ini benar, tetapi saya ambil langkah tunggu dahulu.

“Jika mereka berterusan melemparkan fitnah dan tohmahan kepada kami, menggelarkan kami pengkhianat parti, maka kami sedia buat laporan polis bersama bukti kerana memang sudah ada rancangan untuk gulingkan kerajaan Perak,” katanya.

Dalam pada itu, Paul Yong yang merupakan bekas Bendahari DAP Perak berkata, parti itu cuba menggunakan ADUN Melayu DAP, Dr Abdul Aziz Bari untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Faizal.

Katanya, mereka turut melakukan pelbagai agenda antaranya memberikan tekanan dalam isu pemberian geran tanah kekal menyebabkan keretakan hubungan dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Semua ini secara sendirinya telah mempercepatkan kejatuhan kerajaan PH dan kami ambil keputusan keluar parti bukan disebabkan DAP tetapi disebabkan pemimpin dalam DAP itu sendiri,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: SEMASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *