Kes Covid-19 Di Itali. 10 Buah Bandar Ditutup. Allahuakbar. | Ketika kes Covid-19 menurun di China, kes di Itali meningkat drastik dan 10 buah bandar telah pun ditutup tentera. Ini puncanya. Baca selanjutnya.
Peningkatan Kes Covid 19 Di Itali
Jangkitan akibat coronavirus baru COVID-19 hampir dua kali ganda dalam tempoh 48 jam di Itali, kata ketua badan perlindungan awam negara itu, semalam.
Sejak bermulanya wabak itu, seramai 1,694 yang telah diuji positif COVID-19 termasuk mereka yang maut dan mereka yang pulih, kata Angelo Borrelli dalam satu taklimat media.
Sehingga Jumaat lalu, angka itu adalah 888.
Lima lagi orang meninggal dunia semalam, membawa angka kematian di Itali kepada 34. Semua di wilayah utara Lombardy, Emilia – Romagna dan Veneto.
Borrelli berkata, daripada 779 orang yang masih berada di hospital, seramai 140 daripadanya masih berada dalam rawatan intensif, semalam.
Pada Sabtu lalu, terdapat 506 pesakit COVID-19 dimasukkan ke hospital, dengan 105 daripada berada dalam rawatan intensif.
Borrelli berkata, 83 orang pulih daripada penyakit itu sejak bermulanya wabak dunia itu. – AFP
10 Bandar Di Itali Ditutup (Lockdown)
Sekurang-kurangnya 10 bandar dekat utara Itali dilaporkan telah dikenakan perintah sekatan pergerakan masuk dan keluar (lockdown) susulan dua kes kematian akibat Koronavirus baharu (COVID-19) berlaku di negara itu.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri Giuseppe Conte, penduduk tidak dibenarkan keluar dari bandar yang terlibat. Malah, sekolah dan premis perniagaan juga diarahkan tutup bagi mengekang penularan wabak berkenaan.
Itali kini menjadi negara Eropah pertama dengan kes kematian akibat wabak berbahaya berkenaan.
Sumber: Berita Harian