Perbicaraan Kes Rasuah Zahid Hamidi Ditangguh. Ini Puncanya Yang Ramai Tak Sangka | Hari ni sepatutnya ada perbicaraan kes rasuah Zahid Hamidi di mahkamah namun terpaksa ditangguhkan. Ini puncanya. Tak sangka.
Perlu Hadir Mesyuarat Untuk Bentuk Kabinet
Perbicaraan kes rasuah melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah ditangguhkan.
Menurut sumber Bernama, penangguhan ini disebabkan oleh beliau akan menghadiri Mesyuarat bagi membincangkan pembentukan cabinet Bersama Perdana Menteri baharu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Perkara berkenaan dilaporkan oleh BERNAMA TV melalui satu perkongsian yang dibuat di laman Facebook agensi berita rasmi berkenaan.
Zahid Hamidi merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa di era pemerintahan Barisan Nasional sebelum mereka tumbang kepada Pakatan Harapan yang diterajui oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam PRU ke 14 yang lalu. Beliau juga kini merupakan Presiden Parti UMNO, menggantikan Datuk Seri Najib Razak.
Komen Balas Zahid Hamidi
1. Kes saya ditangguhkan untuk hari ini ( Isnin 2/3/2020 ) sahaja.
2. Esok, kes akan disambung semula seperti biasa.
3. Kes ini tidak digugurkan sama sekali seperti kes-kes lain sebelum ini.
4. Insya-Allah, saya akan membersihkan diri saya di mahkamah tanpa pengguguran kes.
5. Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun tuduhan ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih.
Sumber: Bernama TV via Siakapkeli