Kes Sajat Sudah Di Luar Negara. Ini Komen Peguam Popular Yang Ditunggu Ramai | Misteri ‘kehilangan’ usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat kini terjawab apabila dia dilaporkan sudah ditahan pihak imigresen Thailand pada 8 September yang lalu.
Satu perkongisan oleh seorang peguam terkenal, Nor Zabetha di facebook peribadinya berkenaan isu ini telah dikupaskan oleh beliau dalam berkongsikan pendapat berkenaan isu ‘kehilangan Sajat’ ini dengan lebih terperinci serta melalui pandangan asas undang-undang sivil.
Tadi kawan saya Whatsapp, dia berikan link berita Harian Metro ‘Sajat sudah ditahan’.
“Kau cuba buat tulisan ni, mesti ramai nak tahu”. Saya suka apabila kawan-kawan berkongsi isu-isu semasa.
Selain saya berkongsi, saya sempat buat sedikit ‘research’ sebagai menambah ilmu untuk diri sendiri juga. Topik-topik begini tidak selalu menarik minat kita.
Tidak sempat habis melayan episode Datuk Vida dan Iqbal. Entah apa perisian undang-undang yang ada. Saya lihat dari semua sudut.
Menulis dari segi pelbagai aspek undang-undang, untuk topik hangat ini, saya cuba cari undang-undang relevan seperti topik ‘kahwin tidak restu’, ‘bakal anak tiri tidak setuju’, ‘pinangan ditolak’.
Semuanya tidak ada yang relevan. Kalau ada pun penulisan berkenaan tuduhan-tuduhan atau kata-kata tohmahan kepada mereka. Mereka boleh menuntut bagi saman fitnah dan/atau menjatuhkan reputasi. Tulisan begini sudah selalu.
Tiba-tiba muncul kes Sajat ini yang sentiasa membawa kesnya ke persada antarabangsa. Haih lah Sajat! Tempoh hari dia pergi umrah dan berpakaian wanita, ada sahaja hal si Sajat ini.
Kini isunya sebagai pelarian di Thailand pula dan sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) dan merupakan seorang pelarian. Sajat juga memaklumkan dia sedang mendapatkan kebenaran berpindah dan berlindung di Australia.
Saya terangkan sikit secara ringkas siapakah pelarian yang mendapat perlindungan di bawah UNHCR ini? Ini saya ambil secara ringkas dari laman webnya:
“…A person who has expressed fear of return to their country of origin..”
“If you are afraid to return to your country of origin, or your previous country of residence, because you are in danger of suffering serious harm for reasons related to your race, religion, nationality, political opinion, or membership in a particular social group, you can claim asylum”.
Bermakna atas sebab-sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pendapat politik atau ahli dari mana-mana kumpulan sosial yang bimbang akan keselamatan dirinya diancam oleh negara asalnya, maka dia boleh memohon perlindungan.
Ada proses memohon dan memandangkan Sajat sudah ada kad, bermakna dia adalah merupakan pelarian dibawah UNHCR ini dan dilindungi. Sejauh mana Sajat dilindungi.
Memetik Harian Metro- Nur Sajat memohon kad pelarian dan berpindah ke Australia, sumber berkata, usahawan kosmetik itu mendakwa dia mendapat ugutan bunuh selepas mengumumkan keluar daripada Islam selain diburu lebih 100 penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Pelarian di bawah UNHCR ini dilindungi oleh 1951 Convention and the 1967 Protocol yang memberikan definisi maksud pelarian dan memberikan hak kepada pelarian ini dan tanggungjawab undang-undang untuk 149 negara yang menyertai UNHCR ini.
SUBRAMANIYAM SUBAKARAN v. PP [2007] 1 CLJ 470 , dalam kes ini tertuduh adalah seorang warganegara Sri Lanka dan pemegang kad UNHCR yang didakwa di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana kesalahan memasuki Malaysia tanpa izin.
Peguam tertuduh menghujahkan bahawa sebagai pelarian yang dilindungi oleh UNHCR, oleh yang demikian tertuduh tidak terikat dengan kesalahan dibawah undang-undang imigresen.
Pun begitu mahkamah merujuk kepada:
[18] In the context of the 1951 Convention, the relevant article which I had to consider is article 31 – on refugees unlawfully in the country of refugee which states as follows:
1. The Contracting States shall not impose penalties, on account of their illegal entry or presence, on refugee who, coming directly from a territory where their life or freedom was threatened in the sense of article 1, enter or are present in their territory without authorization, provided they present themselves without delay to the authorities and show good cause for their illegal entry or presence.
Artikel 31 ini bukan sahaja menyatakan tentang perlindungan berkenaan kemasukan secara tidak sah seorang pelarian tetapi juga tanggungjawab pelarian tersebut untuk menunjukkan tanggunjawabnya memasuki negara tersebut dan cuba mematuhi undang-undang.
[23] It follows that the applicant herein must obey the laws and regulations passed by Parliament failing which shall be liable to be prosecuted and punished like any other citizens of the country- petikan laporan mahkamah.
Oleh itu, mahkamah berpendapat bahawa walaupun pelarian dilindungi di oleh UNHCR namun demikian, pelarian masih perlu mematuhi undang-undang sesebuah negara dan boleh dihukum.
Itulah jika kita baca berita Sajat, dia dibebaskan secara jaminan pada 10/9/2021 atas kesalahan berkaitan imigresen di Thailand.
Walaupun dia dibebaskan dengan jaminan, dia diarahkan untuk hadir ke pejabat imigresen Thailand setiap 14 hari.
Begitulah undang-undang. Bukan sahaja di Malaysia yang cuba Sajat larikan diri. Di negara orang juga ada undang-undang. Jadi perlu hormati dan patuhi.
Saya selalu pesan kepada semua, kalau kita ikut jalan yang lurus dan betul, tidak mungkin kita akan dirundung masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Sumber: Facebook Nor Zabetha