Kilang Proses Ayam Diarah Tutup Selepas 175 Pekerja Positif Covid-19 | Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) mengarahkan sebuah kilang memproses ayam terbesar di daerah ini dan terletak dalam Kawasan Perindustrian Masjid Tanah di sini, diarah menghentikan operasi mulai semalam hingga 4 Jun ini berikutan sebanyak 175 orang pekerjanya disahkan positif Covid-19.

Kilang Proses Ayam Diarah Tutup Selepas 175 Pekerja Positif Covid-19

EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman, berkata setakat ini jangkitan dalam kalangan pekerja terbabit belum diberikan istilah kluster tertentu oleh Jabatan Kesihatan.

Menurutnya, penelitian sedang dibuat mengenai Pusat Kuarintin dan Rawatan Covid-19 Berisiko (PKRC) yang bakal dijadikan tempat untuk mereka menjalani kuarintin.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang dengan pengurusan syarikat itu kemungkinan memindahkan semua pekerja terbabit ke rumah pangsa milik Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berhampiran kawasan perindustrian itu.

Hal ini kerana asrama pekerja asing yang sedia ada di rumah kedai berhampiran kilang tidak sesuai dijadikan penginapan pekerja yang terlalu ramai.

Rahmad berkata, ujian calitan masih diteruskan terhadap baki kira-kira 600 pekerja hari ini bagi mengenal pasti pekerja yang dijangkiti pandemik berbahaya itu.

Semalam Melaka merekodkan dua kluster baharu membabitkan tempat kerja di kilang dan dalam kalangan keluarga.

Keseluruhannya, sebanyak 175 kes positif baharu direkodkan semalam, iaitu 65 kes di daerah Alor Gajah manakala Melaka Tengah (75 kes) dan Jasin (35 kes).

Jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,244, termasuk 55 di unit rawatan rapi (ICU) dengan 15 memerlukan bantuan alat pernafasan manakala satu kes kematian dicatatkan.77

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply