Kini Anda Dah Boleh Pilih & Beli Kit Ujian Kendiri Covid-19 Terus dari MySejahtera | Terbaru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini aplikasi MySejahtera dengan menambah beberapa ciri-ciri baharu yang memudahkan pengguna. Maklumat tentang kemaskini itu telah diumumkan di dalam satu hantaran di Facebook rasmi KKM.
Antara ciri baharu yang telah ditambah di dalam aplikasi tersebut adalah Covid-19 Self Test di mana pengguna boleh memilih dan membeli kit ujian kendiri Covid-19 yang telah disahkan oleh pihak KKM secara terus melalui aplikasi ini.
Terdapat 4 jenama kit ujian kendiri Covid-19 yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu Salixium Covid-19, Gmate Covid-19 dan JusChek Covid-19.
KKM turut menyeru orang ramai untuk menutup dan membuka semula aplikasi ini selepas mengemaskininya bagi mendapat paparan ciri-ciri baharu dengan lebih lancar.
Pilih jenama kit ujian kendiri Covid-19 mengikut pilihan seperti yang tertera di MySejahtera. Seterusnya, pengguna akan dibawa ke pautan untuk melakukan pembelian.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia