KJ Bagi ‘Hint’ Kes Akan Naik Sampai 15k, Minta Warga Emas Segera Cucuk Booster | Malaysia hari ini merekodkan peningkatan kes harian COVID-19 iaitu sebanyak 10,089 kes. Trend peningkatan ini dilihat telah bermula sejak beberapa hari lalu dengan 9,117 kes yang telah dicatatkan semalam.

KJ Bagi 'Hint' Kes Akan Naik Sampai 15k, Minta Warga Emas Segera Cucuk Booster

Susulan itu, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata negara ini telah memasuki gelombang penuh varian Omicron dan kes akan mencecah ke angka 15,000 tidak lama lagi.

Tambahnya, masih ada satu juta warga emas yang tidak disuntik dos penggalak.

“Tolong maklum kepada orang-orang tua kesayangan anda untuk mendapatkan dos penggalak dengan segera,” katanya menerusi ciapan ringkas sebentar tadi.

Ciapannya itu juga merupakan respon kepada bacaan model SEIR yang dimuatnaik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Model SEIR itu menunjukkan kes harian COVID-19 yang dicatatkan seharian dan unjuran kes dari 31 Ogos 2021 sehingga 31 Mac 2022.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply