KKM Cadang Rentas Negeri Untuk Hari Raya Aidilfitri Ditangguhkan | Sebaik sahaja tibanya bulan ramadan, semestinya ramai yang berniat untuk kembali ke kampung halaman masing-masing bagi merayakan sambutan aidilfitri bersama keluarga. Ini semestinya menjadi keinginan buat para anak perantau yang berada jauh dari keluarga.
Sejak pandemik Covid-19 melanda negara pada setahun yang lalu, sambutan aidilfitri tidak lagi meriah sepertimana tahun sebelumnya. Ini kerana anak perantauan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman bagi mematuhi arahan pihak kerajaan yang melarang aktiviti rentas negeri.
Namun berbeza dengan ramadan pada tahun ini kerana telah banyak syarat serta peraturan yang dilonggarkan. Antaranya bazaar ramadan dibenarkan dibuka dan banyak lagi. Namun Prosedur Operasi Standard (SOP) haruslah dipatuhi oleh setiap rakyat negara ini bagi mengurangkan penularan virus covid-19.
Ramai yang berharap agar kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri menjelang aidilfitri tahun ini. Ini kerana ramai yang telah tidak dapat bertemu dengan keluarga sejak setahun yang lalu.
Baru beberapa hari sahaja umat islam di negara ini menyambut kedatangan bulan ramadan, KKM telah membuat kenyataan dengan memberi cadangan baru yang mengejutkan rata-rata rakyat di negara ini.
▪️ KKM cadangkan rentas negeri untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri ditangguhkan.
▪️ Bazar Ramadan akan ditutup jika terdapat kluster jangkitan dipercayai daripada aktiviti bazar.
— Menteri Kesihatan @DrAdhamBaba pic.twitter.com/4Xe5I0JUkd
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) April 15, 2021
Berdasarkan ciapan daripada Twitter Bernama, terdapat ciapan yang menyatakan bahawa KKM bercadang untuk menangguhkan kebenaran perlaksanaan aktiviti rentas negeri sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal kunjung tiba pada bulan hadapan.
Selain dari itu, bazar ramadan yang telah dibenarkan untuk beroperasi semula beberapa hari ini akan ditutup sekiranya terdapat kluster jangkitan yang dipercayai daripada aktiviti bazar ramadan.
Rata-rata pengguna twitter meluahkan rasa tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukan melalui ruangan komen.
Maklumat ini sahih daripada Menteri Kesihatan Malaysia iaitu Dr. Adham Baba.
Sumber: Twitter BernamaTV