Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Kompaun Maksimum Adalah RM10,000 Bagi Individu, Bukan RM50,000 – Takiyuddin Hassan | Telah tular di pelbagai platform media sosial semalam apabila seorang lelaki yang berniaga burger di hadapan rumahnya telah dikompaun sebanyak RM50,000 oleh pihak berkuasa tempatan.

Kompaun Maksimum Adalah RM10,000 Bagi Individu, Bukan RM50,000 - Takiyuddin Hassan

Berdasarkan nilai kompaun yang dikenakan ke atas beliau, nilai tersebut amat tidak boleh diterima oleh akal. Hal ini dikatakan demikian kerana Pegawai penguatkuasa perlu mengikut garis panduan ditetapkan Kerajaan ketika mengeluarkan sebarang kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata ia berikutan Kerajaan sudah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun mengikut Akta 342, sebagai panduan kepada penguatkuasa yang menjalankan penguatkuasaan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Akta 342 telah dipinda iaitu untuk menaikkan kadar kompaun dikenakan bagi sesuatu tindakan atau kesalahan yang boleh menyebabkan penularan wabak covid-19 dalam negara ini. Mengikut garis panduan itu, perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi waktu operasi premis adalah kesalahan kategori tiga yang boleh dikenakan kompaun maksimum RM10,000.

Pengurangan sebanyak 50 peratus diberikan kepada pesalah dikenakan kompaun jika mereka membayarnya dalam tempoh tujuh hari atau 25 peratus jika ia dilunaskan dalam tempoh 14 hari. Tindakan mengenakan kompaun bagi kesalahan bawah peruntukan undang-undang adalah bertujuan pencegahan dan memberi pengajaran kepada pelaku agar semua individu mahupun peniaga bersama-sama bertanggungjawab memerangi pandemik COVID-19.

Media telah melaporkan mengenai seorang peniaga burger yang mendakwa beliau telah dikompaun sebayak RM50,000 oleh pihak polis atas kesalahan berniaga melebihi waktu ditetapkan. Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan dia didatangi beberapa anggota polis ketika sedang menyiapkan tempahan pelanggan jam 11.10 malam.

Polis kemudian mengeluarkan kompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Takiyudin turut mengatakan bahawa pengeluaran saman kepada mereka yang melakukan kesalahan mengikut Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) boleh didenda RM10,000 kepada individu dan RM50,000 kepada syarikat dan perbadanan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply