Kompaun RM50,000 Kepada Peniaga Burger, Polis Akan Teliti Semula | Susulan tular di media sosial mengenai seorang peniaga burger yang telah dikompaun RM50,000 bagi kesalahan berniaga melebihi had masa sewaktu tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP), Polis Kelantan dilaporkan sedang meneliti semula kompaun yang dikenakan di Kampung Rambutan Rendang, baru-baru ini.

Kompaun RM5,000 Kepada Peniaga Burger, Polis Akan Teliti Semula

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dalam satu kenyataan, mengatakan pihak polis kini sedang membuka kertas siasatan dan memanggil semula peniaga yang dikenali sebagai Wan Mohd Faisal Wan Kador, 38, yang dikenakan kompaun atas kesalahan berniaga melebihi had masa.

Tambah beliau, polis telah mengeluarkan tiga kompaun kepada pemilik premis makanan tersebut serta pemilik gerai burger selain melihat kewajaran serta rungutan daripada masyarakat akibat daripada kompaun yang dikenakan. Polis juga bakal membuat rujukan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai isu ini.

Sepanjang tempoh dari 16 April sehingga sekarang, sebanyak 127 kompaun telah dikeluarkan kepada pihak yang tidak mematuhi SOP selepas pihak polis sering menerima aduan daripada orang awam bahawa terdapat premis makanan yang tidak mematuhi SOP serta membuka kedai melebihi masa yang ditetapkan.

Manakala pada 25 April susulan aduan yang dibuat oleh orang awam, Polis Kelantan telah mengeluarkan tujuh kompaun kepada pemilik serta premis kedai makan di sekitar Pengakalan Chepa. Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengatakan langkah mengenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 perlu dilakukan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Garis panduan dalam penetapan nilai kompaun serta pengurangan nilai kompaun juga telah digubal oleh kerajaan supaya dapat menjadi panduan kepada penguat kuasa yang menjalankan tugas dalam mematuhi prosedur standard operasi yang ditetapkan.

Mengikut garis panduan tersebut, dilaporkan perbuatan seseorang pemegang lesen dan pemilik premis yang gagal mematuhi SOP adalah dalam kesalahan kategori ketiga dimana mereka boleh dikenakan kompaun maksimum iaitu RM10,000.

Sumber: Metro

Share.

Leave A Reply