5 Maut Diserang Pengganas Di Selatan Thailand | Selatan Thailand yang kini dikuasai pemberontak telah menyebabkan berlakunya keganasan dan dilaporkan lima orang individu termasuk tiga sekeluarga telah maut di Pattani, di sini, baru-baru ini.
Menurut Komandan Biro Polis Pattani, Kolonel Yanapong Ubolbarn, tiga sekeluarga tersebut telah terbunuh selepas trak yang membawa mangsa telah dihujani peluru pengganas sebelum membakarnya di wilayah Pattani. Serangan geri yang dilakukan pengganas dikatakan bermotifkan pembalasan ke atas pembunuhan seorang individu yang merupakan salah seorang pemberontak serta penangkapan dua lagi individu sewaktu pertembungan di Naratiwat.
Serangan yang berlaku di Sai Buri menyebabkan mangsa yang dikenal pasti sebagai seorang ahli perniagaan iaitu Suporn Kittiprapanan, 58, anak perempuannya Jiraporn, 26, dan anak saudaranya, Santipattana Kittiprapanan, 26.
Siasatan yang dilakukan pihak polis menunjukkan empat orang lelaki yang sedang menunggang 2 buah motosikal telah mengejar trak pikap sebelum menembak ke arah mereka menggunakan senapang serta pistol yang burukuran sembilan milimeter (mm). kenderaan yang dipandu mangsa telah dihujani peluru kira-kira seratus meter sehingga pikap tersebut dikatakatan jatuh ke dalam parit.
Menurut jurucakap Polis, penyerang telah menembak mereka dan Jiraporn dilaporkan meninggal di dalam kenderaan. Suporn dikatakan telah diheret keluar dari kereta sebelum dia ditembak di kepala dan badan manakala Santipattana telah mengalami kecederaan parah dan berpura-pura mati ketika kejadian tersebut berlaku.
Ketika polis tiba di tempat kejadian, trak pikap tersebut telah terbakar bersama-sama Jiraporn sehingga mayatnya tidak dapat dicam manakala, Santipattana maut ketika dibawa ke Hospital Somdej Prayupparaj di daerah Sai Buri. Menurut laporan media tempatan, keluarga tersebut dikatakan sedang menuju ke wilayah Narathiwat dari daerah Had yai bagi menghantar produk span dan plastik sebelum mereka diserang pemberontak ketika dalam perjalanan.
Polis telah memberitahu bahawa mereka telah menemui lebih 30 kelonsong peluru di tempat kejadian.
Sumber: Berita Harian