Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Konsert jelajah Justice World Tour telah membuatkan rata-rata peminat Justin Bieber tidak sabar untuk bertemu dengan penyanyi kesukaan mereka pada 22 Oktober di Stadium Bukit Jalil.

Konsert Justin Bieber. Ustazah Asma' Harun Minta Ibu Bapa 'Selamatkan' Anak-Anak

Meskipun begitu, pendakwah terkenal Ustazah Asma’ Harun tampil memberikan teguran berhubung konsert Justin Bieber yang bermula penjualan tiket pada hari ini.

Konsert Justin Bieber. Ustazah Asma' Harun Minta Ibu Bapa 'Selamatkan' Anak-Anak

Menurut Asma’, fenomena penyanyi kelahiran Kanada itu membimbangkan dirinya setelah mendapat sambutan rancak daripada anak muda sehinggakan ada yang sanggup meminta duit daripada ibu dan mengambil upah melakukan pelbagai kerja demi hiburan.

Apabila berlaku pandemik selama dua tahun sehingga aktiviti sosial yang melibatkan ramai orang tidak dibenarkan, kita sangka gejala maksiat sedemikian juga telah mati. Namun bila war-war konsert Justin Bieber yang akan berlangsung pada 22 Oktober nanti di Stadium Bukit Jalil, semakin rancak sambutan golongan anak muda.

Tiket dijual dari harga RM288 sehingga RM2088, tapi mereka sanggup kosongkan duit simpanan, bahkan ada yang sanggup mengambil upah kerja itu dan ini semata-mata untuk beli tiketnya.

Antara yang viral juga ialah video seorang anak meminta duit pada ibunya untuk hadir ke konsert. Allahu Akbar. Sungguh, fenomena ini memang sangat membimbangkan. Rupanya kecenderungan untuk hadir ke tempat maksiat masih subur.

Menerusi hantaran di Facebook miliknya, Asma’ berpendapat lebih afdal sekiranya duit itu digunakan ke arah perkara yang lebih bermanfaat ataupun diberikan kepada golongan memerlukan.

Dalam pada itu, Asma’ memohon kepada golongan ibu bapa untuk tidak memberi kebenaran kepada anak pergi ke tempat yang melalaikan.

Saya menyeru kepada ibu bapa yang dirahmati Allah sekalian, gunakan kuasa dan kemampuan yang ada untuk selamatkan ahli keluarga kita daripada tergelincir ke daerah maksiat, sama ada disebabkan dorongan nafsu hiburan atau pujukan kawan-kawan.

Bimbang jika semua permintaan anak kita izinkan demi menjaga hati, sekalipun yang terang-terangan berbentuk maksiat, pasti kita akan dipersoal di hadapan Allah kelak. Allahu Akbar. Maka, bertegaslah selagi perlu meskipun akan dicemuh oleh anak sendiri. Mungkin mereka belum faham, tetapi yakinlah Allah pasti akan perlihatkan hikmahnya kepada mereka nanti.

Malah, dia juga menekankan untuk menghormati kemuliaan bulan Ramadan yang bakal tiba pada 3 April ini.

Sekiranya kita benar-benar menjaga kemuliaan Ramadhan, nescaya kita akan lawan daripada menghadiri program tersebut, sesuai dengan konsep Ramadhan yang tujuannya untuk melatih orang mukmin melawan hawa nafsu, meskipun konsert itu diadakan pada bulan 10 nanti.

Berjuanglah habis-habisan melawan kehendak nafsu yang memperdaya, agar kita tidak tercicir akhirat lalu ditipu kehidupan dunia.

Kita bimbang sekiranya Ramadhan kali ini berlalu dengan sia-sia, tanpa mendapat sebarang pengampunan atau rahmat yang amat diperlukan oleh si hamba.

Sumber : Oh Bulan 

Share.

Leave A Reply