Gara-gara kalah dalam permainan video, seorang kanak-kanak maut ditembak dengan pistol oleh rakan sepermainannya.
Pihak berkuasa berkata, insiden ganas di negeri timur Veracruz itu membabitkan dua budak lelaki iaitu mangsa yang berusia 11 tahun, manakala pelaku jenayah berkenaan berumur 10 tahun.
Suspek mengambil pistol dari rumah keluarga dan menembak mangsa di kepala pada Ahad selepas kecewa dan marah akibat kekalahannya ketika bermain di premis sewa permainan video.
Kanak-kanak itu dan keluarganya kemudian melarikan diri.
Apa yang saya minta ialah anda membantu saya untuk mencapai keadilan,” kata ibu mangsa kepada pemberita pada majlis pengebumiannya pada Selasa.
“Anak saya meninggal dunia kerana ibu bapa kanak-kanak yang membunuh anak saya itu bersikap tidak bertanggungjawab kerana meninggalkan pistol di atas meja,” tambahnya.
Veracruz adalah antara negeri paling ganas di Mexico akibat peperangan antara pengedar dadah.
Lebih 340,000 orang dibunuh di seluruh negara Amerika Latin itu sejak kerajaan mengerahkan tentera dalam perang melawan dadah pada 2006.
Sumber: HM
Berita Lain Yang Boleh Dibaca..
Sekurang-kurangnya Lima Pelajar Maut Ditembak..
Lima pelajar sekolah menengah dan seorang dewasa terbunuh dalam satu serangan bersenjata di tengah Mexico, kata pihak berkuasa tempatan.
Menurut polis, penembak melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelajar pada malam Isnin.
Ia menyebabkan tiga lelaki dan dua perempuan berusia antara 16 dan 18 tahun, serta seorang wanita berusia 65 tahun yang berada di kawasan sama, terbunuh.
“Malangnya kita boleh mengatakan beberapa jam yang lalu dalam komuniti Barron, enam orang kehilangan nyawa mereka dalam serangan bersenjata,” kata Datuk Bandar Guanajuato, Cesar Prieto.
Tembakan itu berlaku hanya dua minggu selepas lapan wanita dan tiga lelaki terbunuh dalam serangan balas dendam membabitkan kumpulan di dua bar dan sebuah hotel di Celaya, bandar lain di Guanajuato.
Terletak di pusat perindustrian Mexico yang aman dan menempatkan kilang penapisan dan saluran paip utama, Guanajuato menjadi salah satu negeri paling ganas di Mexico akibat pertikaian antara kartel Santa Rosa de Lima dan Jalisco Generasi Baru.
Kumpulan itu berjuang untuk mengawal laluan pengedaran dadah dan bahan api yang dicuri.
Sejak Disember 2006, apabila kerajaan melancarkan operasi antidadah tentera yang kontroversi, Mexico merekodkan lebih 340,000 pembunuhan, menurut angka rasmi.
Pihak berkuasa menyalahkan kebanyakan pembunuhan atas jenayah terancang.
Sumber: HM