Misteri Rangka Aneh Seperti ‘Facehugger’ Ditemui Di Pantai | Misteri rangka aneh berupa “Facehugger from Alien” ditemui oleh seorang lelaki ketika berjalan di pantai Hampshire, England baru-baru ini, lapor The Mirror.

Misteri Rangka Aneh

Lelaki berkenaan, Julis Barker berjalan bersama anjingnya di Gasport di pantai Hill Head dan Lee On Solent ketika kejadian berlaku.

Julis berkata bahawa anjingnya membuatkan dia tertanya-tanya apa bendalah sinar (cahaya terpantul) itu, jadi Julis fikir itu hanyalah rangka ikan pari.

Julis berkata lagi, badan rangka tersebut kelihatan seperti tulang rawan. Kulit yang ditinggalkan sangat kecut dan kering.

Difahamkan, Barker telah mengambil gambar rangka tersebut dan memuat naik ke laman Facebook miliknya.

Disebabkan itu, pelbagai komen ditinggalkan oleh warganet dan ramai yang membuat spekulasi sendiri sehingga ada yang mengaitkannya dengan filem fiksyen sains yang mendatangkan watak facaehugger.

Dalam filem sains fiksyen, watak facehugger merupakan kitaran hidup Alien dan sepasang tangan rangka bercantum bersama dengan ekor seperti tulang belakang.

Sementara itu, ahli biologi marin di Isle of Wight Wildlife Trust, Dr Tim Ferrero tampil untuk menjelaskan sedikit info berkenaan rangka makhluk yang tular itu.

katanya, ia kelihatan seperti sisa ikan pari atau skate yang telah dimakan (atau dipotong) sayapnya.

Julis menjelas bahawa tidak banyak yang perlu dilakukan untuk mendapatkan ID (data) yang betul namun berdasarkan ekor, ia mungkin mempunyai tulang yang tidak sama dengan pari, jadi ini adalah skate.

Sumber: Siakap Keli

 

Artikel Lain

Penemuan Objek Aneh Dirakam Kenderaan Jelajah Bulan Milik China

Penemuan Objek Aneh Dirakam Kenderaan Jelajah Bulan Milik China | BEIJING: Penemuan objek berbentuk kiub oleh kenderaan penjelajah bulan milik China, Yutu-2, menimbulkan perasaan ingin tahu dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

Menurut saluran sains China, Our Space, kenderaan pemantau Chang’e-4 yang dibawa oleh Yutu-2 dilaporkan merakam objek tidak jelas tetapi menarik pada jarak kira-kira 80 meter dari kedudukannya ketika misi hari ke 36 di bulan.

Menerusi rakaman diperoleh, tercetus perdebatan di media sosial, dengan ada yang menyifatkannya ia sebagai serpihan batu kecil yang berlanggar dengan bulan.

Wartawan angkasa lepas, Andrew Jones pula sebaliknya menganggap objek berkenaan sebagai bongkah batu yang besar.

Bagaimanapun, menurut badan astronomi amatur dari Texas, Viu Mobile, perkara itu tidak dapat dijelaskan lagi kerana hasil rakaman menunjukkan terdapat banyak garis lurus, sesuatu yang sangat jarang berlaku dan biasanya berasaskan fraktal.

“Ia mungkin sesetengah struktur daripada tamadun purba di bulan,” kata seorang penggiat astronomi, David Michaels, menerusi ciapan Twitter.

Bagaimanapun, warga siber sudah mula menjadikannya sebagai bahan jenaka dengan membandingkan ia dengan objek seperti Arc de Triomphe di Paris, Marble Arch di London dan juga Istana Guanghan.

Malah, imej kabur itu juga menjadi bahan meme di ruang siber dengan ada yang menggunakan teknologi grafik bagi ‘menambah baik’ gambar berkenaan menjadikannya mirip kepada portal Minecraft atau kereta mini Nissan.

Namun, ada juga yang memandang serius dan mengemukakan teori objek berkenaan mungkin pembentukan batu yang nampak seperti kiub kerana pencahayaan atau sudut penggambaran sehingga mungkin kelihatan seperti buatan manusia.

Our Space, yang memetik Pentadbiran Kebangsaan Angkasa Lepas China (CNSA), menyatakan Yutu-2 akan menghabiskan masa kira-kira dua atau tiga bulan lagi untuk mendekati objek itu.

Kenderaan pemantau Chang’e-4 yang dilancarkan pada 8 Disember 2018 itu melakukan pendaratan pertama di Kawah Von Karman di Lembah South Pole-Aitken di bulan pada 3 Januari 2019. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply